Tips

Bagi yang Mahu Berkahwin Muda...

8:13 AM

baru baru ni terjumpa dengan seorang bekas anak murid...
bersembang beberapa ketika...
akhirnya beliau bercerita perancangannya mahu berkahwin...
lalu Ummi ajukan satu soalan,
kamu muda lagi dah nak kahwin?
beliau menjawab: yelah ustazah daripada keluar berdua-duaan ke hulu hilir baik kahwin...
lalu Ummi menjawab: amboi, ustzh dulu kahwin umur 22 tahun, kamu nak kahwin lagi awal dari ustzh???...

saya perlu bersikap neutral bagi isu kahwin muda ini,
dan mungkin ada beberapa  nasihat dan pengajaran yang boleh di ambil daripada kisah saya...
bagus atau tidak kahwin muda,
ada pro dan kontra nya....

sedikit intro tentang kisah saya....

Ummi berkahwin ketika masih belajar di UIA, tahun ke-3...
mungkin juga pengaruh rakan-rakan,
mungkin juga kerana suasana UIA yang menggalakkan pelajarnya berkahwin daripada bercouple,
sementelah lagi, Ummi berada di course agama,
para lecturer sungguh tidak gemar dengan coupling...

betul, daripada keluar berdua-dua an, lebih baik berkahwin, betul...
tapi mungkin akan ada yang menyalahkan siapa suruh bercinta awal sangat?
kemudian akan ada yang jawab, salahkah bercinta?

salah ke?

kalau tanya pada Ummi, jawapannya tak salah,
tapi mungkin caranya salah,
mungkin juga prioritinya salah,
antara belajar dengan bercinta,
belajarlah dahulu...

ye, cakap lebih mudah...
tapi....
jika anda di situasi tersebut....bagaimana?

ok, usah bicara tentang salah benar percintaan,
kita berbalik kepada kisah berkahwin di usia muda....

pernah seorang rakan sekerja bertanya kepada saya,
Ummi menyesal tak berkahwin muda kemudian bercerai muda?

jawapan Ummi : menyesal memang tak pernah wujud dalam kamus hidup nSI,
di usia 29 tahun nSI ada anak berumur 5 tahun,
comel, pandai, lincah dan menghiburkan...
untuk menyesali anugerah sehebat itu,
mungkin tidak...

cuma sedikit nasihat bagi mereka yang mahu berkahwin muda terutamanya ketika belajar:

Isu pertama adalah financial:

Jika anda lelaki, bagaimana mahu menanggung anak dara orang?

Dan jika anda perempuan dan bakal suami anda itu masih lagi bergelar pelajar, bagaimanakah dia mahu menanggung dirinya dan diri anda?

Adakah dengan bantuan biasiswa atau PTPTN sahaja?

Di sinilah kelak akan timbulnya pelajar mulai bekerja sambil belajar, ada yang berjinak dgn dunia MLM, ada yang berjinak dengan berniaga kecil-kecilan, ada yang berjinak dengan kerja part-time...
Isunya mampukah anda?
Terganggu atau tidak pelajaran anda?

Banyak pertimbangan perlu di buat di sini...
Sejujurnya sekiranya anda berkahwin dengan mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga, berbincanglah dengan ahli keluarga masing-masing sekiranya anda dari keluarga yang berada ataupun mampu agar turut membantu anda...
Percayalah, anda masih muda, anda masih perlu bantuan, terutamanya dari segi kewangan kerana anda masih belum bekerja, dan bekerja part time sambil belajar, sungguh, anda perlu kuat...

Isu kedua ialah bersediakah anda menggalas tanggungjawab?:

Jika anda lelaki, maka anda adalah suami,
jika anda perempuan tugas sebagai isteri,
dan jika takdirnya anda ada anak,
tugas sebagai ibu bapa...

ok, mungkin isu anak itu boleh difikirkan untuk mengatasinya dengan beberapa kaedah dalam family planning.

Kita berbalik pada isu tanggungjawab,

sanggupkah anda memikul tanggungjawab menjadi suami atau isteri diusia muda?
ada banyak kisah menarik tentang lelaki kahwin muda:

Kisah pertama: Isteri di rumah keseorangan, suami keluar duduk melepak di kedai mamak sehingga larut pagi,

Kisah kedua: Di majlis kenduri kendara ketika rakan rakan sebaya masih cuba mengusik mengurat anak anak dara, si suami muda ini turut serta mengusik sama anak dara orang...

Kemudian ramai orang mengaitkan dengan isu kematangan, katanya lelaki lambat matang, kahwin muda tapi fikiran masih tak matang? benarkah?

Ummi nak jawab benar tak benar, suami yang umur 30-an pun masih ada yang keluar lepak di kedai mamak larut malam, lelaki tua juga masih ramai yang menggatal mengurat dan mengusik cuma caranya sahaja yang berbeza...

maka, Ummi pun tiada jawapannya...

cuma, sekiranya anda berkahwin di usia muda dan masih belajar,
di mana kewangan tidak stabil,
pekerjaan masih tidak tetap atau tiada,
tinggalkan sahaja segala aktiviti 2 seperti contoh kisah di atas...
kerana sungguh,
penceraian bukan sahaja kerana masalah kewangan,
juga kerana ketidakserasian,
bagaimana boleh sudah tidak serasi sedangkan berkahwin atas nama cinta bukan dipaksa,
jawapannya kerana banyaknya berselisih faham dan pendapat,
yang anda tidak jumpa jalan penyelesaian...
(maaf andai contoh agak berat sebelah, sebab Ummi tiada cerita benar tentang kekhilafan isteri)...

Ok, dua isu ni sahaja yang nSI hendak kongsi,
kerana Ummi menghadapi masalah yang berat terutama dari segi kewangan,
bukan tahap duit tak cukup,
tapi tahap -ve,
cuma alhamduillah tak pernah berhutang dengan 'along'....

Tapi, sekarang....
alhamdulillah, financial agak stabil...
maka, sekiranya sekarang anda sedang susah,
bersabar...
jangan putus asa...
insyaAllah akan datang senang....

Isu kenapa Ummi berpisah,
itu kisah peribadi,
tak perlu dicanang ke sana sini,
jika hendak salahkan orang,
Ummi salahkan diri sendiri sahaja,
kerana sebenarnya Ummi sudah terlalu letih....
terlalu letih sehingga akhirnya Ummi memilih untuk sendiri....

Jika anda fikir perkahwinan itu mudah,
sungguh anda silap,
perkahwinan itu perkongsian hidup,
juga suatu pengorbanan,
jika anda banyak mengambil dari memberi,
lambat laun perkahwinan itu menjadi kosong....

Apa sahaja keputusan yang anda hendak buat,
fikirkan,
mohon petunjuk,
dan kuatkan semangat....
semoga kebahagiaan mengiringi kita semua,
Ameen.

















You Might Also Like

5 comments

  1. u are a strong woman and you'll be a good mom to iman.
    in sya Allah, ade rezeki yg lebih baik tu iwan.. :)

    ReplyDelete
  2. insya Allah, rezeki Allah selalu datang dalam bentuk tidak disangka2...

    ReplyDelete
  3. Perkongsian menarik! Berguna juga untuk saya. Hehe. Terima kasih ustazah.

    ReplyDelete
  4. siapakah gerangan bekas anak murid itu? hahahaa. siapakah?

    ReplyDelete
  5. wanep, kamu nak kahwin awal gak kah?
    fadhli, kamu rasa siapa? haha

    ReplyDelete

Followers

Follow Ummu Iman Khalis