Kisah Ummu Iman Khalis

Benchmarking BASIS ke KISAS

8:51 AM

Last Thursday,
sekolah Ummi buat Lawatan Penanda Aras ke Kolej Islam Sultan Alam Shah aka KISAS.

Sebenarnya Ummi seronok ke KISAS,
sebab boleh jumpa cikgu-cikgu Ummi di sana.

Macam lari matlamat pula kan.
Sepatutnya lawatan penanda aras,
tapi Ummi bersembang-sembang dengan guru-guru Ummi pula.
Sambil menyelam minum air sebenarnya.

KISAS ni cikgu-cikgunya hebat,
nak jumpa DG41 pun tak ramai,
cikgu-cikgunya Super Senior,
sebab tu terlalu ramai cikgu-cikgu Ummi masih mengajar di sana.

Ummi respek sangat cikgu-cikgu KISAS ni,
sebab Ummi dulu masa menengah rendah tak pandai sangat pun.
Kelas pun kelas kedua,
nombor dalam 40-80 sebab kelas kedua.

Rezeki Ummi dapat masuk ke KISAS,
itupun 3rd intake sebab Ummi dapat 7A 2B.
Tapi, alhamdulillah,
Allah hantar cikgu-cikgu hebat ni dalam hidup Ummi,
kagum dengan kehebatan mereka mengajar,
sampai hari ni Ummi 'admire' sangat cikgu-cikgu KISAS ni.

Bayangkanlah daripada pelajar biasa-biasa sahaja di sekolah lama,
tapi masa di KISAS, akhir tahun Tingkatan 4 Ummi dapat No.1 dalam kelas,
and alhamdulillah Tingkatan 5, Ummi masuk kelas pertama aliran agama iaitu 508 Al-Farabi.

And, alhamdulillah, rezeki Ummi keluar dari KISAS dengan 8A1 2A2 1B4 (10A 1B).
B matapelajaran English, haha, sangat tak pandai English dulu.

Zaman tu, tahun kedua bermulanya bilangan Gred dalam subjek SPM,
sebelum tu zaman agregat.
So, dapat 10A zaman tu, Ya Allah,
bersyukur sangat.
Add Math dulu tak macam sekarang,
dulu guna kalkulator bukan saintifik,
siap guna Buku Log lagi,
formula pun kena hafal.
So, 10 A, siapa tak bersyukur,
syukur sangat2!!!
Terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar.




Ini selfie sebelum bertolak dari sekolah.
Dalam setengah jam lebih kurang kami tiba di KISAS.
Selepas sessi penggambaran,
kami ke bilik jamuan dan diberi taklimat oleh Pengetua KISAS,
Tuan Haji Omar bin Salleh.


Selepas taklimat,
kami dijamu santapan tengahari dan kemudian terus Solat Zuhur di Surau.
After that, kami dipecahkan beberapa kumpulan,
mengikut bidang tugas masing-masing untuk berbincang dan bertanyakan perkara yang berkaitan seperti dokumentasi dan sebagainya.

Ok, Ummi nak cerita tentang guru-guru Ummi,
sebenarnya ada ramai lagi,
tapi Ummi tak sempat nak jumpa semua,
sebab masa singkat kan.


Ini Ustazah Siti Hilmiyah.
Ni antara ustazah yang paling Ummi rapat,
walaupun Ummi dulu tak 'thiqoh' di KISAS.
Ustazah ni mengajar sangat seronok,
cara penyampaian tu,
Ummi mesti pasang telinga dengar dengan teliti,
tak tau kenapa Ustazah Siti Hilmiyah ni aura lain macam sikit,
cakapnya lembut tapi sangat menyentuh hati,
ustazah ni baik sangat,
seronok belajar dengan Ustazah Siti Hilmiyah,
nota Ustazah ni, kalau topik pendakwah,
gambar Ikan, and Ustazah akan terangkan kenapa Ikan.
Cuba teka, kenapa topik pendakwah, gambar peta mindanya Ikan?
Cer jawab.


Ini Cikgu Salma Man.
Guru Kelas Ummi masa Ummi Tingkatan 5 di KISAS dulu.
Cikgu sama je awet muda ok,
kurus macam dulu.
Anak murid je yang mengembang,
cikgunya maintain je.
Cikgu Salma Man ni sekarang Ketua Bidang Bahasa KISAS.
Cikgu ni ajar Bahasa Melayu masa Ummi di KISAS dulu.
Cikgu ni baik sangat, caring and tak pernah marah pun,
hehe.


Ini Cikgu Aznora,
Cikgu Sejarah.
Cikgu ni ajar Ummi masa Tingkatan 5 juga.
Cikgu ni pun sama awet muda, baby face dari dulu sampai sekarang.
Cikgu Aznora sekarang Ketua Bidang Kemanusiaan di KISAS.
Cikgu ni pun tak garang, seronok je belajar dengan cikgu.
Masa di KISAS ni la, Ummi jumpa teknik belajar Sejarah yang mudah,
tak tau pun senang rupanya nak dapat A1 Sejarah ni sampailah Ummi masuk KISAS.


Ini Ustazah Hayati dengan Ustazah Rashidah Nor.
Dua-dua ni lagi tak boleh lupa.
Ustazah Hayati ni ajar Ummi Bahasa Arab masa Tingkatan 4
Ustazah Rasyidah Nor mengajar Syariah Islamiah masa Ummi Tingkatan 5 tak silap.
Ustazah Hayati ni mengajar lantang tapi sangat faham dan memang terbaik,
KISAS ni 'niche area' Bahasa Arab.
Memang layak pun, Ustazah Hayati mengajar Bahasa Arab,
siap ada formula, table semua ada.
Kagum sangat!

Sebab sebelum tu, Ummi belajar arab dengan menghafal,
rasa susah sangat Bahasa Arab ni,
sampai takut dengan Bahasa Arab.
Dahlah Ummi memang lemah bahasa.
Bila tak dapat teknik belajar yang betul,
lagilah rasa susahnya alahai.
Tapi Alhamdulillah, masuk KISAS,
nampak jalan nak score A dalam SPM,
hehe.

Ustazah Rasyidah Nor ni sekarang Penolong Kanan HEM.
Ustazah ni baik sangat,
tak garang pun,
tapi ustazah nampak dah kurus sikit berbanding dulu.


Ok, yang ni special sikit.
Ni kira mentor Ummi.
Ustaz Nordin.
Dulu Ustaz Nordin PK HEM Sekolah Sultan Alam Shah.
Sekolah pertama Ummi posting menjadi guru.
So, Ustaz Nordin yang paling banyak ajar Ummi macam mana jadi cikgu yang bagus.
Ustaz ni jugalah yg ajar Ummi kerja 24 jam di asrama.
hehe. Semangat!

Masa Ustaz Nordin ni pindah, Ummi sedih sangat.
Sebab rapat sangat dengan Ustaz Nordin masa di SAS,
sebab Ummi Warden Asrama,
daripada 0 tak tahu apa-apa tentang Warden,
perlahan-lahan Ummi ikut rentak Ustaz Nordin,
sebab Ustaz Nordin ni tersangat rajin,
24 jam di asrama!
Hehe.

Ustaz Nordin ni juga ajar Ummi bagaimana mengajar Pendidikan Islam di kelas.
Masa tu 5 Bestari,
Ummi ingat lagi, kami mengajar sama-sama dalam kelas tu.
Pengalaman!




Ok, yang ni pula,
Ustazah Zaidah dan Sir Zamri,
Ustazah tak sempat belajar dengan Ustazah Zaidah dan Sir Zamri,
tapi dua-dua cikgu masa Ummi belajar di KISAS.
Ummi tak hanya merasakan guru yang mengajar itu sahajalah guru kita,
sebenarnya semua guru di KISAS ni semua guru Ummi,
termasuk Hj.Wan Penolong Kanan Akademik di sekolah Ummi mengajar sekarang pun guru Ummi walaupun Ummi hanya belajar Matematik daripada isterinya Cikgu Wan Zainul Akmar.
Begitu juga dengan Sir Anuar iaitu Guru Cemerlang di sekolah Ummi mengajar sekarang juga adalah cikgu Ummi, walaupun sir tak mengajar Ummi tapi Ummi tetap sanjung semua guru-guru KISAS.
Banyak jasa mereka, semoga Allah merahmati mereka semua.

Sebenarnya ada ramai lagi yang Ummi sempat jumpa,
tapi tak sempat ambil gambar.
Antaranya Cikgu Mariah, Cikgu Add Math masa Ummi Tingkatan 5 dan Teacher Mohana,
cikgu Bahasa Inggeris masa Ummi Tingkatan 5.
Ummi tak panda English masa tu,
duduk Set C.
Tapi Ummi sangat suka Teacher Mohana mengajar,
dia baik sangat and lembut,
buat Ummi tak takut silap kalau speaking English walaupun teruk sangat English Ummi masa tu.

Cikgu Mariah lagi Ummi tak boleh lupa,
Sebab Ummi pernah kena halau keluar kelas tak siap soalan latihan Add Math.
Huhuhu.
Mujur Alhamdulillah Ummi dapat A1 Add Math.
Berbaloi la pun kena halau keluar kelas,
hehe.

Terima kasih cikgu-cikgu.
Sesungguhnya jasa mu sentiasa di ingatan,
dan pengorbananmu hanya Allah sahaja yang layak membalasnya.


Lot's Of Love,
Nurul Sazwani binti Idris,
aka Ummu Iman Khalis.

508 Al-Farabi
KISAS SPM 2001

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis