Kisah Ummu Iman Khalis

Hari ini Hari Ibu

7:14 AM

Pagi tadi masa Ummi pergi ke Kedai Speedmart,
beli sedikit barang-barang,
masa di kaunter pembayaran tu,
ada seorang pekerja bagi bunga dan wish,
Selamat Hari Ibu.
Sweet je rasa...


Sempena Hari Ibu ni,
Ummi tak ada buat apa-apa yang luar biasa,
cuma Ummi bersihkan halaman luar rumah mama,
walaupun mama tak ada di Malaysia pun,
sebab mama ada di Mekah menunaikan Umrah.

Tapi tak apa,
sebab niat Ummi nak tolong bersihkan halaman rumah mama,
lagipun hari ni kan Hari Ibu,
ucapan tanpa tindakan kan tiada maknanya.

Walaupun Hari Ibu ni agak kontroversi di Malaysia,
sesetengahnya mengaitkan dengan asal usul Mothering Day,
dan memegang pendapat Haram.

Pendapat Ummi,
Ummi berpegang pada pendapat Harus,
seperti pandangan Prof. Tafsir dan Ilmu Al-Quran Universiti Al-Azhar, Dr. Muhammad Bakar Ismail.

Memang betul hari-hari adalah hari Ibu,
tapi Ummi rasa tak patut kalau sambut Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Lahir,
tapi bila Hari Ibu ditiadakan pula.

Kebetulan pula Bulan Mei ni akan ada sambutan Hari Guru,
dan kebetulannya Ummi pun merupakan seorang guru,
rasa macam tak adil menyambut Hari Guru beria-ia tapi Hari Ibu tidak penting,

Sekurang-kurangnya, bagi orang-orang yang sudah melupai ibu masing-masing,
mungkin Hari Ibu boleh beri kesedaran kepada anak-anak persis Si Tanggang di luar sana,
bahawa ada ibu yang penting untuk anda hargai.
Berlapang dadalah.

Betul, hari-hari adalah hari untuk kita taat dan menghormati ibu,
tetapi untuk zahirkan perasaan sayang dan penghargaan kepada ibu kita,
salahkah?

Selamat Hari Ibu buat Hajah Maryam.





You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis