Bagaimana Saya Mengesan Anak Saya Dyslexia?

9:28 AM

Sebelum Ummi mula bercerita,
suka Ummi tunjukkan video anak Ummi iaitu Iman Khalis semasa dia masih kecil,
sebelum Ummi tahu dia merupakan seorang dyslexic.



Iman dengan Auntie Ima, macam-macam Auntie Ima buli Iman


Iman tiru abang abang Alam Shah solat di surau

Iman paling belakang pertama dari belah kanan, yang paling kecil tu

Apa pandangan anda bila menonton video tersebut?
Ada apa-apa perbezaan yang menampakkan kelainan berbanding kanak-kanak lain?


Jawapannya, TIADA.

YA. Memang Tiada,
Sebab kanak-kanak dyslexic ni tiada perbezaan yang ketara dengan yang lain.

Iman, mula berjalan seperti kanak-kanak lain.
Kurang setahun sudah pandai berjalan.
In fact, seawal 5 tahun, Iman dah pandai  bawa basikal roda 2!

Iman tiada masalah lambat bertutur,
normal dengan pembesarannya.

So, bila masa Ummi dapat 'detect' bahawa anak Ummi adalah dyslexia?

Sejujurnya, Ummi tak pernah tahu berkenaan Dyslexia.
Ummi cuma pernah tahu tentang Autisme tapi tak pernah tahu tentang Dyslexia.

So, bagaimana Ummi tahu?
Absolutelylah daripada penilaian pakar.
Tapi sebelum pergi ke pakar, bagaimana Ummi boleh tergerak hati bawa anak untuk buat 'assessment'?
Sedangkan perkembangannya normal sahaja?

Kisahnya semasa ujian pertama Iman semasa darjah 1.

Semua kertas jawapannya gagal,
dan yang paling mengejutkan ialah,
kebanyakkan kertasnya tidak dijawab langsung?
And, bila Ummi tak pernah tahu berkenaan dyslexia,
benda pertama Ummi assume ialah dia takut,
dia takut dengan sekolah,
dia takut dengan cikgu!
Itulah jangkaan awal,
sebab tak pernah tahu simptom2 dyslexia!


Dari pos inilah,
akhirnya ada seorang sahabat Ummi nama Sabrina,
merasakan simptom ini sama seperti anaknya.
Pertama kali itulah,
Ummi tahu tentang dyslexia!



And paling Ummi terkejut sebab ada beberapa simptom dyslexia yang memang ada pada Iman.
 Iman memang nampak cerdik, suka bercerita and minat menari.
In fact, dia boleh mengeja secara verbal, tp bila reading and writing, sangatlah bermasalah.
Semua di atas, sama dengan Iman kecuali kebanyakannya Ummi tak alert sangat sebab masa tu tak tahu tentang dyslexic.
 Yang part ni,
Iman cuma pernah mengadu something,
tapi Ummi tak dapat nak faham.
Bila Ummi ajak Iman baca buku cerita,
Iman baca sangat perlahan, dan suka meneka perkataan dan salah.
Then, bila Ummi suruh Iman baca,
satu benda Iman bagitahu,
"Ummi, tulisan bila banyak-banyak ni saya tak boleh baca!"
Itu sebenarnya tanda yang jelas bahawa Iman ada masalah yang lain,
tapi Ummi yang kurang ilmu ni,
yang tak pernah tahu tentang dyslexia,
Ummi cuma pujuk Iman,
"takpe, kita cuba baca perlahan-lahan sampai dapat"
 Part ni pula,
Iman banyak kali tersasul huruf panjang-panjang,
tapi sebab comel,
so Ummi rasa 'cute'nya Iman salah sebut,
anataranya hospital Iman sebut hostipal,
so Ummi betulkan sambil senyum-senyum.
Padahal, itu antara tanda-tanda dyslexic.
 Part ni antara paling ketara,
pegang pensil tak betul walaupun dah dibetulkan berulang kali,
kiri kanan sehingga hari ni juga masih keliru.
Hari Isnin-Ahad sampai hari ni juga masih sukar dibezakan,
kerana pada anak-anak dyslexic ini,
setiap hari adalah sama.
Part yang ni pula,
Iman sangat pendiam,
tapi tak lambat berjalan atau bercakap.
Bedwetting memang sangat lama, sampai umurnya 6 tahun pun masih begitu,
Iman juga sangat sensitifand nak perfect,
paling Iman jaga rambutnya mesti nak kena bersikat dan letak krim rambut.

Then, bila Ummi tahu simptom ni,
benda yang sepatutnya Ummi buat ialah berjumpa dengan doktor.
Tapi lain cara pula yang Ummi buat,
apa yang Ummi buat for the next step?
Nanti Ummi sambung lagi bila ada masa.

Cuma nasihat Ummi,
jangan bila kita rasa ada something wrong ada anak kita,
then kita abaikan and sedapkan hati kita,
konon-konon tak ada apa-apa.

Masa awal-awal masa Ummi kesan tanda-tanda Dyslexia ni,
bila Ummi cerita pada orang lain,
semua rasa Ummi je yang risau tak tentu hala.
Believe me, memang ramai,
sehingga hari ni,
yang rasa Ummi je yang risau terlebih.

Tapi, sebenarnya,
anak-anak ni memang macam rebung,
selagi namanya rebung masih boleh dilentur,
jangan tunggu jadi buluh,
tak leh lentur dah,
sebab tu tindakan awal sangat penting sebenarnya.

Ok, Ummi sambung lagi next time.
Salam Ramadhan semua.
Doakan yang baik-baik untuk Iman ye.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis