Amazing mama

7:09 AM

Pagi tadi my sister Ina post something to my mom's facebook wall,
then dia tag nSI dan semua adik beradik nSI,

Mama and abah, thanks so much for being such a great mom and dad. Mendidik kami adik-beradik hingga berjaya. For your records,

Nurul Hayati: Bachelor in Physics (UM), Master in Physics (UM), Phd in Physics (Wollongong).
Hawani Idris: Bachelor in GIS (UTM), Master in GIS (UTM), Phd in GIS (Nottingham) (finishing soon).
Hedaia Hafiz: Bachelor in Architecture (UTM).
Nurul Hazrina: Bachelor in Remote Sensing (UTM), Master in Remote Sensing (UTM), Phd in Civil Engineering (Newcastle) (finishing soon).
Nurul Sazwani Idris: Bachelor in Al-quran and Sunnah (UIA), Diploma in Education (UIA).
Firdaus Idris: Certificate in Surveying (Politeknik), Diploma in Surveying (Politeknik), Bachelor in Surveying (UITM) (finishing soon).
Palique Idrisias: Bachelor in Geomatic Engineering (UTM), Master in Geomatic Engineering (UTM) (finishing soon).
Muhd Syafiq: Bachelor in Civil Engineering (UNITEN).
Muhd Amirul Dekpis: Diploma in Civil Engineering (UTHM) (finishing soon).


And bila nSI baca apa yang my sister tulis tu,

agak impress la sebab dia ada data education all my siblings,
haha.

Seriously,

nSI memang tak pernah tau detail tentang course apa yang my siblings ambil,
yang nSI tahu sekadar ala kadar bila orang tanya,
contoh: your brother ambil course apa?
so basically nSI akan jawab, engineering,
specific dalam apa?
nSI memang tak pernah tahu,
so agak bagus bila my sister boleh senaraikan,
then nSI pun tau lebih banyak tentang adik beradik sendiri,
haha.

Well, adik beradik terlalu ramai,

9 orang,
umur pula rapat2,
hampir tiada gap tahun,
my Along umurnya this year 33,
angah 32,
alang,31,
ina 30,
me 29,
my brother Aus 28,
Fadhli 26,
Syafiq 25,
and paling bongsu dekpis 21.

So, senang cerita,

kami membesar bersama,
kalau sekolah rendah dulu,
satu sekolah complete dari darjah 1 sampai darjah 6 ada saja anak Maryam and Idris,
haha.

Sebab tu kami agak famous during our primary school time,

and most of us semua wakil sekolah dalam olahraga, 
yang lelaki plus bola sepak and badminton.
And all of us quite good in education also :)
Alhamdulillah.

Tapi bila masuk secondary school,

kebanyakan pergi variety of schools,
ada yang sekolah yayasan selangor,
Assunta, Sri Aman,
ada yang sekolah sama dengan my mom,
SMK Telok Datok,
ada yang sekolah agama,
SAMTH Hisamuddin, SMA Unwanus Saadah, SMA Sg.Manggis, SamBestari USJ, Irsyadiah Bagan Datoh,
then ada yang ke MRSM Balik Pulau, Jasin, KISAS.
Almaklumlah adik beradik ramai.

Tapi yang meneruskan bidang agama cuma nSI seorang sahaja,

nSI ingat lagi after dapat keputusan SPM,
SPM 2001, 
nSI dapat 10A (8 A1, 2 A2 dan 1 B4),
masa tu bersyukur tahap gaban dah,
Alhamdulillah sangat2,
sebab nSI ambil SPM peralihan daripada zaman agregat yang guna pangkat,
kepada zaman grading SPM menggunakan bilangan A.

SPM 2001, 

tahun kedua peralihan tersebut,
dapat 10A sebenarnya untuk zaman tersebut agak membanggakan,
especially bila mata pelajaran Add Math masih tidak menggunakan calculator scientific,
masih menggunakan calculator biasa dan buku log!
Paling teruk, rumus semua kena hafal!

Apa yang bagusnya ,

sampai sekarang nSI masih laju mencongak!
Tak macam student zaman sekarang,
sebab dah terbiasa guna calculator,
suruh congak pun lambat!

So, bila nSI dapat A1 dalam add math, account, economy,

senang cerita, 
laluan career nSI nampak macam pergi ke bidang account, economy or finance!

In fact,

nSI sangat suka account,
account senang banyak gila dari add math,
account lebih senang nak score A dari add math,
tapi nSI ingat lagi,
memandangkan nSI bongsu perempuan,
tiada siapa2 dalam family nSI yang ambil course agama sehingga SPM,
dan result nSI dalam bidang agama dah lebih dari layak,
Syariah dan Al-Quran Sunnah A1 cuma bahasa Arab tergelincir sedikit dapat A2.

So, my mom,

mengharap sangat2,
untuk nSI meneruskan bidang agama,
dan nSI dari kecil,
tak sampai hati nak kata tidak pada my mom,
dan memandangkan tinggal nSI sahaja harapan,
maka nSI meneruskan bidang agama,
apa yang menyedihkan,
tiada langsung biasiswa untuk course agama menggunakan sijil SPM,
dan my mom,
taknak nSI sambung keluar negara,
my mom minta sambung agama dalam negara sahaja,
maka nSI hanya mengisi borang UPU sahaja!

Apa yang menyedihkan lagi,

PTPTN pun nSI tak dapat,
sebab dikatakan terlebih layak,
apalah tak kira pun bilangan adik beradik nSI yang ramai gile!
Nak kata family nSI terlebih layak,
PTPTN cuma bayarkan tuition fees sahaja,
so nSI belajar tanpa duit poket!
Gila!
Tiada biasiswa dan tiada PTPTN,
then what for la 10 A tu ????
But, amazingly,
alhamdulillah,
I did, I made it, well, very well :)

nSI ingat lagi,

selepas keluar result SPM,
masa tu nak isi permohonan UPU,
column permohonan course dan universiti yang dipohon tu ada 8,
1-6 nSI isi course agama UIA,
dari course Al-Quran, As-Sunnah, Fiqh, Usul Fiqh, Usuluddin sampailah course terakhir Comparative Religion!,
Kalau ada lagi 2 subjek agama di UIA mesti nSI isi semua UIA!
Tapi tak ada,
itu sahaja,
maka column ketujuh dan kelapan tu nSI isi Pengajian Islam, UM.

Dan ketika itulah,

nSI melupakan hasrat nSI untuk meneruskan pengajian dalam bidang account yang sangat dicintai dulu!
Dan akhirnya,
nSI diterima masuk ke UIA,
dan bermulalah zaman pengajian Ilmu Wahyu di MCIIUM,
Matriculation Centre of IIUM.


Di MCIIUM ketika jamuan bersama ex-kisas yang ada di MCIIUM

Tapi, ketika di Matrik UIA,

Selepas semester pertama,
UIA ada offer sesiapa untuk sit satu exam,
untuk tukar course ke account or economy,
ingat lagi, 
masa tu kakak sebilik dengan nSI,
suruh nSI ambil exam tu,
tapi nSI cakap dalam hati,
masa isi borang UPU,
dari no 1-8 nSI minta course agama,
takkan nSI nak tukar sekarang!
Tapi nSI masa tu agak ragu2,
sebab bahasa Arab!

Ya Allah, 

nSI memang tak reti bahasa,
masa SPM yang tak dapat A1 semua tu subjek bahasa!
B.M A2, B.Arab A2, Bahasa Inggeris paling teruk B4!
nSI tau sangat,
my weaknesses is BAHASA!

So, bila ambil course agama di UIA,

semua subjek agama dalam ARAB,
subjek general or minor dalam Bahasa Inggeris.

So, nSI dah mula cuak dah,

dengan Bahasa Arab,
sehingga menyebabkan agak ragu-ragu untuk meneruskan,
tapi macam nSI cakap,
nSI dah pilih yang terbaik,
kenapa perlu tukar hanya kerana ketakutan yang tidak munasabah!

So, nSI stick dalam course agama,

and nSI belajar daripada orang yang tak suka bahasa,
dan tak suka subjek membaca,
kepada orang yang suka bahasa dan suka subjek membaca,
tapi hakikatnya,
sebenarnya transformation tu tak berjaya sangat pun,
cuma nSI belajar tukar cara belajar,
dan belajar untuk suka!

Alhamdulillah,

Allah banyak mempermudahkan jalan nSI,
daripada tak pernah dapat Anugerah Dekan,
Then nSI dapat Anugerah Dekan,
dan nSI berjaya naikkan cgpa nSI,
dan nSI tak sangka,
nSI tersenarai dalam top 5 pelajar course Al-Quran dan As-Sunnah,
bila department hantar satu surat ketika final semester di UIA,
minta nSI hantar semua penglibatan nSI dalam Ko-Ko,
untuk pencalonan pelajar terbaik course Al-Quran dan As-Sunnah,
malangnya nSI TIADA LANGSUNG penglibatan dalam Ko-Ko!
Serious, tak pernah tau pun benda tu penting!
Maka, yang hantar borang tu, 
kawan nSI namanya Tasneem,
so dialah yang dapat anugerah tersebut!

Dan bila habis sahaja degree,

tak sampai sebulan nSI ambil ujian untuk sambung belajar dalam DPLI,
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah,
memandangkan masa tu terlalu banyak kekosongan dalam bidang keguruan bagi subjek agama.
Ingat lagi masa interview,
Kebetulan Ahli Panel tu kedua-duanya ex-kisas,
bila dia tau nSI ex-kisas,
habis nSI kena bantai buat micro teaching dalam ARAB,
again ARAB ke???
Adoyai, tapi biasalah,
goreng je lah,
interview bukan nak tengok tentang bagaimana nSI boleh mengajar dalam Arab,
tapi lebih kepada penilaian tentang diri,
So, what, hentam sajalah!

and, luckily,

alhamdulillah,
berkat ikut cakap my mom,
nSI dapat sambung DPLI di UIA,
UIA lagi?
Kenapa UIA?
nSI selesa di UIA,
sebab dah biasa,
dan suka environmentnya,
sebab di UIA lah,
daripada nSI zero tentang Bahasa,
especially English,
then nSI nampak banyak perubahan dan improvement :)
nSI memang sayang UIA.

So, bila nSI sambung DPLI selama 10 bulan,

alhamdulillah,
nSI berjaya dengan kelas pertama,
so nSI dihantar ke SBP,
itu janji dekan InSTED ketika itu,
mereka yang dapat kelas pertama akan dihantar ke SBP,
dan permohonan posting nSI ialah Putrajaya,
dan Putrajaya cuma ada satu SBP sahaja,
Sekolah Sultan Alam Shah.

Maka, bermulalah,

laluan kerjaya nSI menjadi seorang guru aka ustazah di Alam Shah,
sehinggalah sekarang,
dan tahun ini merupakan tahun keempat nSI di Alam Shah.

Tapi nSI takkan lupa cita-cita nSI,

nSI dulu teringin sangat sambung master,
tapi disebabkan keadaan kewangan nSI yang sgt meruncing dalam perkahwinan terdahulu,
dengan tiada biasiswa mahupun PTPTN,
sehingga nSI pernah bekerja di Pasar Malam sambil belajar,
tekanan demi tekanan,
sehingga memaksa nSI untuk bekerja sesegera mungkin,
maka nSI lupakan sahaja hasrat nSI untuk sambung master.

Dan bila nSI sudah berada dalam profesion keguruan,

nSI tak berhasrat untuk keluar dari bidang ini,
I do love teaching.
And nSI nak jadi macam my mom,
she is a teacher :)
semua anak dia berjaya,
ada yang sampai Phd,
alhamdulillah,
and I will be just like her, insyaAllah :)

Cuma nSI nak sambung untuk ilmu,

dan mengejar impian,
in sya Allah one fine day,
I will pursue my dream,
once nSI kahwin dengan seseorang yang memahami,
in sya Allah nSI nak apply untuk sambung belajar bergaji penuh,
dan meneruskan dalam Master,
dan bidang yang nSI suka,
Psychology in Education,
that's suits me well!
I just love psychology!

Wish me luck,

Doakan nSI selalu ye 
:)

Untuk terakhir sekali,

nSI nak update pekerjaan all my siblings,

Nurul Hayati - Lecturer in UMT, Terengganu

Nurul Hawani - Lecturer in UTM, Skudai, Johor
Nurul Hidayah- Architech in JKR, Ipoh
Nurul Hazrina - Lecturer in UTM, Skudai, Johor but currently meneruskan Phd di Australia
Mohd Firdaus- Student Uitm
Muhd Fadhli- Master student in UTM,Skudai, Johor
Muhd Syafiq- Baru sahaja tamat pengajian di Uniten
Muhd Amirul Dekpis- Student di UTHM, Johor

All of us,

product universiti tempatan,
UTM paling ramai sampai 4 orang,
UM seorang,
UIA seorang,
Uitm seorang,
UNITEN seorang,
dan UTHM juga seorang.

My mom,

she's so awesome!
Anugerah Ibu Mithali supposely belongs to her,
tapi my mom tak bagi nSI hantar pencalonan,
my mom tak nak,
so nSI menghormati keputusan my mom,
sebab my mom dah lebih daripada layak,
anak 9 orang, kesemuanya degree dan sebahagian ada PHD,
dan hanya seorang sahaja masih diploma.
Dah terlebih syarat layak,
tapi sebab my mom tak bagi,
so, tak pernahlah lagi hantar untuk pencalonan
Ibu Mithali.

Tapi,

my mom,
memang terbaik!
We love you, mom :)
mama and abah masa ke Australia melawat my sister Ina cuti sekolah tahun lepas





You Might Also Like

4 comments

  1. Inspiring! People should be reading this!

    ReplyDelete
  2. Thanks farhah, credited to my beloved mom, superb mom, mom always ratu hati kan :)

    ReplyDelete
  3. Sebuah cerita panjang yang sarat dengan pengajaran. Betapa impian tidak semesti dicapai mengikut keinginan. Tapi impian tetap akan tercapai walaupun kadang-kala secara kebetulan. :)

    ReplyDelete
  4. setiap manusia ada ceritanya, ada jatuh bangunnya, kejayaan tak datang dengan mudah, dan terasa lebih manisnya apabila kejayaan itu datang selepas kesusahan dan kepayahan, mereka yang mengenal erti lelah dan penat jerih lebih menghargai kejayaan walaupun kecil, teruskan kehidupan dan ciptalah kejayaan :)

    ReplyDelete

Followers

Follow Ummu Iman Khalis