Terukir di bintang

9:29 AM

Well, hari ni nSI buat sesuatu yang agak aneh sebenarnya,
seumur hidup tak pernah menyanyi on stage,
melainkan dalam kereta or dalam bilik mandi,
haha

Tapi disebabkan ingin membantu seorang rakan,
dan untuk meraikan seorang bos jabatan yang berpindah ke tempat lain,
maka nSI memberanikan diri,
menyanyikan lagu Yuna,
Terukir di Bintang.

Lagu tu nSI yang cadangkan,
sebab nSI kan sangat suka pada Yunalis Zarai,
so banyak tahu lagu dia.

Tapi perancangan awal,
adalah untuk menyanyikan lagu tersebut,
secara beramai-ramai,
berkumpulan,
bukan berduet apatah lagi solo.

Tapi lain dirancang,
lain yang jadi,
apabila akhirnya,
nSI berduet dengan seorang lagi rakan sekerja,
kemudian baru dikuti dengan lagi 2 orang rakan.

Dan alkisahnya,
semasa rehearsal pun,
nSI cuma buat rehearsal berdua sahaja,
memandangkan waktu malam ketika rehearsal tersebut diadakan,
menyukarkan orang lain untuk datang.

So, semasa rehearsal tu,
dah bersedia terima segala kemungkinan,
andai akhirnya terpaksa,
menyanyi secara duet.

Yang ini versi rehearsal depan laptop guna mp3 karaoke.

Dan ini, live version ketika berlangsungnya majlis

 Dan ini gambar ketika praktis belakang stage, time ni dah nervous sangat dah sebenarnya :)


You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis