Itu Penghijrahanku

9:26 AM

Suatu peralihan kehidupan yang agak besar,

ialah peralihan hidup daripada seorang kepada dua,
Begitu juga suatu peralihan kehidupan yang agak besar,
apabila berlaku sebaliknya,
daripada berdua menjadi seorang.

Walau apapun sebabnya,
sama ada kerana bercerai hidup,
mahupun bercerai mati,
kedua-duanya suatu proses,
suatu peralihan yang agak besar.

Kedua-duanya memerlukan kekuatan.

Dan jika anda tidak pernah melalui proses kedua-duanya,
mahupun salah satu antara keduanya,
jangan persoalkan sebarang tindakan nSI,
andai tampak agak ganjil dan aneh,
percayalah,
apabila berlaku sesuatu perubahan yang besar dalam hidup,
anda juga perlu berubah seiring perubahan tersebut,
berhijrah itu perlu,
dan ia membantu untuk melupakan,
dan meninggalkan jauh masa silam,
semakin anda melangkah ke hadapan,
semakin jauh anda meninggalkan masa lalu.

nSI sedar segala perubahan yang berlaku dalam diri nSI,
sungguh nSI masih sedar diri,
tapi perubahan tersebut tidak langsung melanggar etika diri, syariat dan agama,
maka biarkan sahaja nSI begini,
sesungguhnya nSI perlu tinggalkan segala-galanya jauh di belakang.

Dan sekarang,
nSI rasa sudah jauh nSI melangkah,
kadangkala terasa langkah sudah semakin berat,
kadangkala terasa letih melangkah sendirian,
tapi selagi jasad masih dikandung badan,
kan diteruskan perjalanan hidup ini,
walaupun sendirian,
kan diteruskan langkah,
sehingga akhirnya.

Sungguh aku tidak berubah,
aku cuma menjadi lebih baik.
dan itu penghijrahanku.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis