-No Title-

11:04 AM

Jam hampir sahaja menunjukkan pukul 2 pagi,
Sudah agak lama nSI tak update blog,
mungkin sebab agak sibuk sedikit bila dah mula bekerja.

Ini pun memandangkan hujung minggu,
banyak sedikit waktu free berbanding hari biasa,
bolehlah mencoret sedikit di blog tersayang ini.

Malam ni nSI seorang sahaja,
my little son balik kampung abahnya petang tadi,
nSI kalau tinggal seorang,
benda pertama nSI buat ialah tengok wayang!
Sebab itu jelah waktu yang nSI ada untuk diri sendiri.
So, nSI akan gunakan waktu jadi 'bujang' tu,
buat apa yang nSI suka especially pergi tengok wayang!

Sebelum tengok movie,
nSI singgah ke MPH cari buku berkaitan Law Of Attraction,
punyalah banyak buku pasal LOA,
dalam bahasa melayu pun ada,
yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris.
Ada juga buku yang ditulis dalam BM menurut Islamic Perspective.

Terlalu banyak buku,
agak rambang mata untuk nSI pilih,
tapi akhirnya nSI pilih juga buku The Secret karangan Rhonda Byrne,
mahal juga buku ni,
harganya RM79.90,
tapi tak apa,
invest dekat buku tak pernah merugikan,
bertambahlah koleksi buku motivation di rak buku nSI :)

The Secret RM79.90

nSI baru start baca sedikit,
nanti kalau dah habis baca nSI kongsikan sedikit,
apa-apa maklumat yang mungkin berguna untuk semua,
sharing is caring :)

nSI nak cerita sedikit pasal my little son,
kalau diberitahu balik ke kampung abahnya,
punyalah dia seronok,
mungkin sebab dia jarang jumpa,
so kuat sedikit rindu dengan abah, atok dan opahnya dikampung.
nSI tak kisah kalau iman overexcited,
sedikit pun tak terasa,
orang yang jauh memang biasa akan lebih dirindui,
adatlah tu.

Yang penting, my little son happy!
Itu yang lebih penting,
seriously nSI dah berazam,
my little son takkan terkesan dengan perpisahan ini,
in fact, sampai sekarang dia masih tak faham pun apa yang terjadi,
kalau ditanya mana abahnya,
spontan dia akan jawab,
abahnya kerja.
nSI pun selesa begitu.

Ini gambar terbaru my little son time tidur,
comelkan?
Anugerah terbesar yang diberi oleh Allah kepada nSI,
anak secomel ini,
keningnya terbentuk rapi macam bulan sabit,
bulu matanya lentik,
ada tahi lalat manis di tepi sudut pipinya,
kulitnya kuning langsat,
hidungnya terletak,
mulutnya mungil,
giginya jarang,
rambutnya lurus,
Subhanallah, comelnya anak ini :)

My little son

Itu saja coretan nSI,
sebab dah terlelap, pastu terjaga balik masa update blog ni,
nSI penat sangat,
perlu tidur sekarang,
assalam.



You Might Also Like

2 comments

  1. wanie, perhaps one day kita boleh hang out sama??

    ReplyDelete
  2. your nickname sounds familiar, tapi seriously tak dapat tangkap lagi siapa :)

    ReplyDelete

Followers

Follow Ummu Iman Khalis