Tips

Pengeluaran KWSP bagi pekerja berpencen...

6:58 AM

Kelmarin Ummi uruskan pengeluaran KWSP,
setelah 4 tahun berkhidmat sebagai pegawai kerajaan,
akhirnya Ummi telah layak mendapat pencen,
maka Ummi pun berhasratlah memindahkan duit tersebut dari akaun KWSP ke Tabung Haji.

Nak dijadikan cerita,
Ummi dengan rajinnya search en.google untuk tahu berkenaan borang apa yang perlu diisi,
tapi rezeki Ummi jumpa satu blog yang mungkin maklumat di blog tu tak updated,
maka Ummi termiss satu borang penting iaitu Lampiran A,
dan segala surat2 penting yang Ummi ambil dari blog tersebut yang katanya perlu disahkan,
Ummi cari bersusah payah dan sahkan,
tapi rupanya KWSP tak perlukan langsung dokumen tersebut.

So, bagi memudahkan urusan rakan2,
yang sudah berkhidmat lebih 3 tahun,
sudah disahkan jawatan tetap dan layak mendapat pencen,
maka untuk elakkan kejadian berulang alik dari KWSP ke office semula untuk pengesahan,
seperti yang terjadi pada Ummi,
maka, di sini Ummi nyatakan perkara yang perlu dilakukan untuk pengeluaran wang KWSP bagi pekerja berpencen.

Pertamanya ada 2 borang yang perlu diisi,
1) Borang Pengeluaran klik di sini boleh isi secara online, download dan print
    jika hendak isi secara manual, download borang di sini
    ( Tidak perlu pengesahan)
2) Lampiran A klik di sini  
    (Perlu pengesahan)

Keduanya jangan lupa bawa Kad Pengenalan

maklumat penuh boleh baca di sini

Hari tu Ummi tak jumpa pdf yg ada maklumat ni,
Ummi cuma baca dari blog seseorang,
and dia bagi link untuk isi web form tersebut,
bukan rezeki Ummi masa tu,
dapat maklumat yang kurang lengkap,
Ummi pula jenis kurang teliti,
kalau baca dengan teliti akan terperasan tentang perlu ada Lampiran A,
tapi,
Ummi termiss maklumat tersebut,
bila Ummi dah sampai KWSP,
puan yang menjaga kaunter tersebut tanya tentang Lampiran A,
Ummi pula tak tahu langsung tentang Lampiran A,
so dia beri pada Ummi borang kosong untuk lengkapkan,
maka,
terpaksalah Ummi patah balik untuk isi Lampiran A.

So, nasihat Ummi sila baca dengan teliti,
untuk elakkan berulang banyak kali ke KWSP,
kalau dekat takpelah lagi,
tapi kalau jauh,
alahai, lecehnya.

Borang2 tu boleh ambil di website,
macam yang Ummi bagi link tu,
so tak perlu datang 2 kali ambil di kaunter,
sebab Lampiran A tu perlu pengesahan,
kalau tak ambil di website,
alamatnya memang berulang alik 2 kali lah jawabnya.

Itu sahaja daripada Ummi,
kalau maklumat yang kita terima betul,
sekejap je urusan ni,
tak susah pun,
cuma kalau maklumat salah,
memanglah jadi 2 kali kerja pula nanti :)

You Might Also Like

7 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis