Terima Kasih Cikgu Pusat Dyslexia Malaysia Bangi

5:49 AM

Hari ni Ummi bawa Iman ke HUKM untuk Learning Disability Screening Test.
Sepatutnya test ni diambil awal lagi, tapi kerana Ummi terlupa nak booking appointment, dan risau kerana Cuti Rehat Khas yang semakin sedikit, Ummi tunda appointment ni ke bulan Disember.

Keputusannya sangat memberangsangkan! Seolah-olah Iman tiada masalah pembelajaran.

1) Tiada lagi huruf terbalik.
2) Boleh bezakan huruf besar dan kecil
3) Boleh menulis ejaan BM dan BI dengan baik ( walaupun ejaan English ada sedikit kesilapan)
4) Boleh menjawab soalan bertulis dengan baik.

Yelah, Iman sudah 6 Bulan belajar di sekolah Pusat Dyslexia Malaysia,
sedangkan semasa sebulan berada di situ pun Ummi dah nampak perubahan yang sangat ketara pada Iman, apatah lagi selepas 6 bulan.


Walaupun keputusan akhir ujian yang Iman ambil di Pusat Dyslexia Malaysia yang terkini juga sebenarnya keputusannya adalah BAIK , tapi bila  masih belum SANGAT BAIK, sebenarnya Ummi masih risau untuk lepaskan Iman ke sekolah harian biasa. Tapi, selepas LDST tadi, Ummi terus rasa confident untuk bagi peluang Iman sekali lagi belajar di sekolah harian aliran perdana.

Kita tengok dahulu macam mana perkembangan Iman. Walaubagaimanapun, Ummi masih akan tunggu nasihat Prof Fairuz di HUKM sebab masih ada next appointment bersama beliau.

 Mendengar nasihat pakar sebenarnya lebih tepat daripada main redah sahaja. Prof Fairuz jugalah yang berkeras mencadangkan dan meminta Ummi segera hantar Iman ke PDM untuk bersekolah di sana dan jangan ditangguh lagi, walaupun Ummi nyatakan banyak masalah sebab jarak yang jauh di antara Banting dan Bangi, tapi Prof Fairuz sangat mencadangkan ke PDM juga siap diberi surat sokongan doktor untuk mohon pertukaran (walaupun eg tukar tak berjaya sebenarnya).

And, antara benda paling gila yang Ummi buat ialah mencari Uber yang boleh hantar Iman daripada Banting ke Bangi. Terima kasih kepada En. Hafiz Hanawi dan En. Masdek yang sudi hantar Iman ulang alik ke Bangi. Alhamdulillah, walaupun Uber sebenarnya agaklah mahal tetapi Ummi tiada pilihan lain, dan alhamdulillah, pilihan yang mengeluarkan kos yang banyak itulah akhirnya membuahkan hasil.

Sekalung penghargaan buat semua guru di Pusat Dyslexia Malaysia, terutamanya yang mengajar Iman Khalis iaitu Cikgu Iman dan Cikgu Zilita. Terima kasih banyak, jasa anda sangatlah banyak dan tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

 Cikgu Iman yang sama nama dengan Iman

Cikgu Zilita dan best friend Iman yang sama juga nama dengannya iaitu NurIman

Di PDM Bangi,  Iman tahu membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Iman sudah faham kaedah tambah tolak matematik Tahap 1 dan paling penting di PDM Iman jumpa keyakinan bahawa dia adalah budak pandai! Itulah yang sebenarnya paling Ummi gembira, sebab sebelum ini, motivasi Iman jatuh bila selalu diejek gagal oleh rakan-rakan sekolahnya dahulu, tapi di PDM dia jumpa rakan-rakan yang sebaya dan sama-sama Dyslexics buat dia yakin bahawa anak Dyslexics adalah pandai! Cikgu-cikgunya yang sangat caring dan penyayang juga faktor terbesar dalam mendidik anak-anak cerdik ini sebenarnya. Bayangkan Iman yang pindah pun cikgu bagi hadiah, sweetnya cikgu.

Buat semua ibu bapa yang mengalami masalah anak Dyslexia, hantarlah segera untuk kelas intervensi di PDM. InsyaAllah, berkat usaha dan doa, ada perubahan yang ketara buat anak-anak.

Teringat soalan yang ditanyakan kepada Ummi di HUKM tadi, adakah Ummi mengajar Iman di rumah selain sekolah di PDM?

Jawapannya ialah tidak, Ummi cuma mengajar Iqra' sahaja di rumah, perubahan ketara pada Iman bukan datang usaha daripada Ummi tetapi guru-guru di Pusat Dyslexia Malaysia Bangi, terima kasih cikgu- cikgu.





You Might Also Like

16 comments

  1. Puan, apa ciri2 yang terdapat pada Iman buat puan hantar anak ke sini. Anak saya darjah dua, baca masih sangat slow dan tak faham sangat apa yang dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, baru perasan comment, anak sy tak boleh membaca sampai darjah 2 dan tulis bdpq terbalik

      Delete
  2. Assalamualaikum puan. Mcm mana saya nak dptkan rawatan utk anak saya. Dia juga ada ciri2 dislexia. Menulis terbalik. Lambat membaca dan sukar mengenal pasti huruf. Tahun dpn sudah mula darjah 1. Jadi saya sangat2 risau dia akan ketinggalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bt screening test d HQ dyslexia ,Ampang KL..nnti dia akan test sma ada anak puan ada atau tdk..anak saya bru menjalani test tu..

      Delete
    2. Puan pergi ke Klinik kesihatan dapatkan referral letter ke pakar psikiatri kanak2, mereka akan buat assessment. Then cari educational therapy di pdm. InsyaAllah membantu.

      Delete
  3. maksudnya.. jika masuk sekolah di PDM tidak perlu ke sekolah kebangsaan ke puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti kan sementara dalam 3, 6 bulan dari sekolah. Pdm ni fokus bm, BI, math shj, so anak lebih fokus, habis tetapi di sana boleh masuk sekolah balik nanti

      Delete
    2. Iman da bersekolah semula ke puan?

      Delete
  4. Puan boleh saya tahu harga yuran bulanan di PDM Bangi. Sy ada bercadang nak hantar anak sy ke sana. Bila tngk progress anak puan rasa membuak2 pula.

    ReplyDelete
  5. sebulan dalam RM250 tak silap, terkini saya tak pasti berapa

    ReplyDelete
  6. Nak tanya kalau di klang nak hantar kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga tercari cari jika berada di Klang, ada tak yang berdekatan.

      Delete
    2. Saya juga tercari cari jika berada di Klang, ada tak yang berdekatan.

      Delete
  7. Salam.. Saya nak tanya, teacher iman and puan zilita masih di PDM bangi ke?

    ReplyDelete
  8. boleh tahu tak apa 1st step nak buat ? sebab anak sy ada tanda2 dyslexia . anak saya darjah 1 sekarang. baru beberapa hari sekolah , dia dah xnak pergi sekolah . sebab dia kata cikgu nak report polis kalau tak belajar .sy faham maksud cikgu tu. sy juga faham keadaan anak sy. anak sy belum pandai membaca,menulis,huruf pun selalu bertukar. jadi mungkin sebab ni dia jadi kurang focus dalam kelas.

    ReplyDelete
  9. Saya baru ahri ni daftarkan ank di PDM Bangi. Doakan ank saya berjaya!!!

    ReplyDelete

Followers

Follow Ummu Iman Khalis