Kisah Iman Khalis

Coretan Buat Anakanda Yang Tersayang

10:39 AM

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Iman Khalis,
Happy Birthday to you...

Mencari kata-kata untuk ucapan Hari Lahir Iman Khalis yang ke 8 tahun.
Tahun depan Iman masuk darjah 3!
Besar dah anak Ummi rupanya ye.

SELAMAT HARI LAHIR, IMAN.
MOGA IMAN JADI ANAK YANG SOLEH, BIJAK DAN BERAKHLAK MULIA,
AMEEN

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Iman ke-8, Ummi nak 'rewind' kenangan Iman semasa mula dilahirkan 8 tahun dahulu.


Iman, awak lahir Hari Jumaat 12 Disember 2008,
tapi kalau Kalendar Hijri awak lahir Jumaat Malam Sabtu 14 Zulhijjah 1429H.
Waktu tu waktu Maghrib 7:41 petang.
Ummi lahirkan awak waktu tu mudah, Alhamdulillah.
Cuma masa awak lahir, leher awak terbelit dengan tali pusat.
Agaknya awak tendang lipat bola dalam perut Ummi sampai terbelit tali pusat agaknya.
Awak kan suka main bola sepak macam Pak Usu.
Awak lahir di Hospital Putrajaya. 
Masi tu awak kecil sangat, 2.64 kg je.


12.12.2009
Masa ni awak umur setahun, 
kita sambut Birthday awak kat rumah Opah dan Atok,
Awak tak faham lagi Birthday tu apa,
tengok gambar awak tengok kek pun, macam lagi best mainan dari kek :)




12.12.2010
Masa ni awak dah besar sikit, dah 2 tahun.
Kita sambut Birthday di rumah kita dulu, di Kuarters Sekolah Alam Shah, Putrajaya.
Rumah kita yang ada banyak arnab tu. Awak ingat tak?
Ummi hadiahkan awak kereta tu.
Awak ingat lagi tak?
Ada ramai auntie wish Birthday awak juga.
Cuma awak tak boleh baca lagi.




12.12.2011
Awak 3 Tahun.
Tahun ni Ummi tak beli kek.
Sebab kita ada di luar negara.
Kita di London masa ni. Awak ingat tak?
Kita tidur rumah Kakak Aisyah dengan Abang Imran kat London.
Masa ni awak pertama kali naik kapal terbang.
Tapi awak tidur je sepanjang perjalanan.
Cuma masa waktu balik Malaysia tu awak asthma sebab London kan sejuk sangat.





12.12.12
Cantik sangat number Birthday awak masa ni.
Besar dah awak.
Awak 'ampat tahun la'.
Masa ni kita sambut Birthday kat rumah Uwan,
ada Kakak Aisyah, Abang Imran.
Kita makan kek aiskrim masa ni.
And Ummi bagi awak hadiah trek kereta hot wheel.
Awak suka sangat masa tu.
Main kereta dengan sepupu.







12.12.2013
Awak dah 5 tahun masa ni.
Ummi tak beli kek dan tak beli hadiah.
Tapi Ummi bawa awak pergi Sunway Lagoon as a hadiah.
Sebab awak dah terlalu banyak mainan, yang awak main sekejap lepas tu tersimpan sahaja mainan tu.
Maka, Ummi nekad,
starting that day,
kita cari Birthday Gift yang tak membazir tetapi jadi suatu pengalaman buat awak ye sayang.






12.12.2014
Awak Umur 6 tahun.
Tahun hadapannya awak masuk darjah 1.
Tahun ni Ummi langsung tak sempat sambut Birthday dengan awak.
Sebab Ummi pergi ke Turki masa ni,
ada Program dengan Sekolah Alam Shah di Turki.
Awak sambut Birthday dengan Atok dan Uwan,
tengok tu Uwan belikan kek untuk awak.
Ummi ada belikan hadiah untuk awak,
tapi Ummi lupa hadiahnya sayang.
Awak ingat tak apa dalam beg tu?



12.12.2015.
Umur awak 7 tahun.
Kita di Korea masa ni.
Tiada sambutan Birthday di Korea.
Tapi itulah hadiah Birthday awak.
Awak ingat tak?
Cuma bila kita balik Malaysia,
Mak Lang ada buat BBQ.
Ummi tumpang sekali celebrate Birthday awak,
beli kek, potong kek, makan kek.
Awak ingat tak?



Wah, awak dah makin besar la.
Cuma makin kurus la sayang.
Makanlah banyak-banyak ye, supaya gemuk sikit.
Awak memang handsome, tapi kalau gemuk mesti lagi handsome.
I love you, sayang.



Ikhlas Daripada,
Ummi awak yang riang gembira.



You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis