Kisah Ummu Iman Khalis

Kambing Pygmy di MAHA 2016

4:44 AM

Sabtu lepas Ummi pergi ke MAHA 2016,
pergi berdua sahaja dengan Iman.
Walaupun Ummi tahu, pergi hujung minggu mesti ramai orang,
tapi tak tahulah kenapa,
tiba-tiba teringin pula merasakan kemeriahan dan kesesakan MAHA 2016.
Mungkin juga kerana tidak sabar hendak berjumpa dengan Kambing Pygmy yang kecil dan comel itu.


Impian Ummi ada banyak.
Antaranya hendak membela kambing kecil ni.
Baka Pygmy.
Sangat kecil berbanding baka kambing yang lain.
Harganya lebih kurang RM2500.
Tapi, masalah yang paling besar ialah,
nak sorok mana kambing ni?
Takkan letak dalam bilik pula kan.
Tanah?
Rumah Ummi tak ada tanah,
sebab bertingkat-tingkat.
Itulah masalahnya.
Maka, impian masih lagi tinggal impian,
belum berjaya Ummi realisasikan.
So, di MAHA 2016 ni lah terubat rasa teringin ya amat tu,
dapat tengok anak kambing ni tidur, sambil Ummi usap dia pun seronok juga.


Kalau, ada sesiapa berminat nak beli and bela kambing ni,
boleh contact brother ni,
namanya Mamat, jiran Ummi sebenarnya.
Boleh follow FB dia https://www.facebook.com/bakri03?fref=ts.
Gambar di atas, adalah Kambing Pygmy milik beliau,
ada juga di MAHA 2016, boleh lah datang sambil bermain-main dengan anak kambing ni.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis