Kegembiraan jelas terpancar di wajah.
Glowing gitu.
Bersyukur, teruja, gembira, seronok, tak percaya.
Itulah perasaan ketika berjaya sampai ke Low's Peak, Gunung Kinabalu.
Perasaan sebelum?
Macam-macam perasaan ada sebelum berjaya menawan kinabalu.
Alasannya Ummi bukan profesional hiker,
gunung yang pernah Ummi daki cumalah Gunung Angsi dan Gunung Nuang,
itupun Gunung Nuang hanya sampai di Kem Lolo sahaja.
Selain itu, ada beberapa kali Ummi mendaki ke Bukit Jugra dan Bukit Broga.
Itu sahaja training yang sempat Ummi buat kurang dari 5 bulan sebelum pendakian.
Disebabkan kesedaran diri itu tidak fit,
berat badan yang agak berat dan tak kurus,
Tersangatlah perlu. Ok.
Kenapa?
1) Kenal kekuatan dan kelemahan diri
- Contohnya masa Ummi mendaki Bukit Broga, Ummi first time rasa altitude sickness, rasa pening nak pitam, and rasa nak muntah, especially bila minum banyak air kosong, lagi rasa nak termuntah. So, Ummi berehat sebentar, kalau muntah lagi baik, then Ummi slowkan langkah pendakian, ikut pace sendiri.
Pengajaran: Jalan ikut langkah sendiri, jangan kejar langkah orang lain.
2) Tahu keperluan diri untuk pendakian
- Contohnya masa Ummi mendaki Gunung Angsi, kaki Ummi cramp, then bila mendaki ke Gunung Nuang ( sehingga Kem Lolo), masih juga cramp.
Pengajaran : Bawa ubat/ spray untuk cramp (Ummi guna deep heat sbb dia panas and agak bagus), make sure minum air garam sebelum, semasa dan selepas. Pakai knee guard dan kinesiology tape. Kesannya, Alhamdulillah, sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu, cramp tak teruk macam before sebab dah ready semua medication and prevention.
- Contoh kedua masa Ummi mendaki ke Gunung Nuang Ummi pakai sweat pant, rupanya sweat pant ni tak sesuai untuk mendaki, sebab dia berat, kebetulan masa ke Gunung Nuang tu cuaca sangatlah tidak mengizinkan, hujan tersangat lebat, maka beratnya ya ampun sweat pant tu.
Pengajaran : Beli dan pakai seluar yang sesuai atau khas untuk mendaki gunung.
3) Practice makes perfect
- Gunung Kinabalu ni Gunung Tertinggi di Malaysia, so kalau anda tak biasa mendaki bukit, mahupun gunung yang rendah, cari nahas juga sebenarnya jika terus mendaki Gunung Kinabalu. Walaupun Gunung Kinabalu tracknya cantik, tapi kena ingat, hampir keseluruhannya adalah tangga, dan track dari Laban Rata ke puncak lebih mencabar dari track sebelum tiba ke Laban Rata. Track ke puncak mmg tangga yang curam dan banyak pendakian bertali. Maka, berlatih dahulu mendaki bukit dan gunung yang lebih rendah, tapi jangan cuba daki Gunung Tahan pula ( dikatakan orang paling susah), takut hilang motivasi mendaki mana-mana gunung pula, kata orang lah, tapi Ummi pun tak pernah cuba daki Gunung Tahan pun lagi.
4) Persiapan fizikal dan mental
- Selain daripada latihan fizikal, mental yang kuat tersangatlah penting untuk mendaki sehingga ke puncak. Fizikal sahaja memang tak cukup. Mental perlu disiapkan agar sentiasa positif. Bukan mudah untuk terus bersemangat bila anda tertinggal jauh di belakang. Jika di Gunung Kinabalu, ketika anda jauh 800m di belakang, tetapi melihat kesemua peserta sudah tiba di puncak, kalau mental tak kuat memang surrender. Sebab tu fizikal dan mental perlu dipersiapkan sebelum pendakian.
In fact, ada banyak harapan yang Ummi harap Ummi dapat buat sebelum pendakian ke Gunung Kinabalu hari tu:
1) Ummi berharap Ummi sempat training lebih banyak. Lebih banyak bukit dan gunung. Latihan yg ada tu belum cukup, sebab Ummi masih berjalan super slow sbb semput weh panjat gunung tinggi padahal tak fit. Melangkah pun serupa kekura di kilometer terakhir sebelum tiba ke Puncak. Terima kasihlah kepada rakan-rakan yang sabar menungguku terutamanya Cikgu Shahrizanlah yang super sabar membantu.
2) Ummi berharap Ummi sempat kuruskan badan sebelum mendaki. (Penat wei, bawa badan berat naik gunung, haha)
Nanti Part 2, Ummi sambung kisah the whole journey ke Puncak Kinabalu dari hari pertama hingga tiba ke Puncak, InsyaAllah. Stay Tune!
2 comments
Mantabbbbb
ReplyDeleteAlhamdulillah
Delete