Kinabalu

Pendakian Amatur Ke Gunung Kinabalu (Part 2)

5:18 AM



( Video lebih jelas di Flipagram)

Day 1
Jumaat
27 Januari 2017

Flight Malindo Air
OD 1014 2.45 pm
KLIA

BERSAMA TEAM KINABALU SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

SEMENTARA MENUNGGU GATE DIBUKA

BERSAMA PK KOKO SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH TN. HJ KAMAL MD RAHIM

Kami menaiki Penerbangan Malindo Air ke Sabah.
Tiket agak mahal  (RM597.84) mungkin kerana sambutan CNY
walaupun sudah dibeli 3 bulan lebih awal.
First time, Ummi terbang menaiki Malindo Air.
Apa yang best dengan Malindo Air,
leg room agak luas, siap boleh melunjur kaki ke hadapan.
Dan makanan disediakan.

MEAL

MUFFIN AND BOLOGNAISE






Penerbangan memakan masa selama 2 jam 30 minit dan kami selamat tiba di Kota Kinabalu International Airport dalam pukul 6.00 petang.

Perjalanan diteruskan dengan menaiki Van Persiaran ke Kinabalu Park,
yang memakan masa lebih kurang 2 Jam 15 minit.

Ummi siap muntah dalam van (mujur cepat capai beg plastik)
sebab jalannya macam ulaq belikaq
dan pemandu van bawa agak laju sebenarnya
kerana mengejar waktu makan malam di Kinabalu Park.
Kami tiba agak lewat di Kinabalu Park,
dan tidak sempat makan di restoran kerana sudah ditutup,
mujur makanan kami sudah siap di'pack'
dan kami akhirnya menjamu selera di bilik masing-masing.
Sebelum makan, kami diberi penerangan oleh agent tentang pendakian pada hari esok.
Selepas makan, mandi dan solat,
kami segera tidur dan berehat kerana perjalanan esok adalah sangat panjang dan mencabar.

BILIK HOTEL NI 2 TINGKAT, SANGAT CANTIK, ADA 2 BILIK TIDUR. SEJUK  SEBAB DI KAKI GUNUNG KINABALU.

DAY 2
Jumaat
28 Januari 2017

Seawal jam 6.00 pagi semua sudah siap berkumpul di hadapan bilik masing-masing.
Kami asingkan barang yang perlu di bawa bersama ke Puncak Kinabalu 
dan barang yang tidak perlu dibawa bersama akan disimpan di Kaunter Pendaftaran Kinabalu Park.
Satu beg besar yang disimpan dikenakan caj sebanyak RM12.

SEMANGAT TAK KAMI? TERUJA HENDAK MENDAKI KE PUNCAK!
BERLATAR BELAKANGKAN PUNCAK KINABALU


BREAKFAST TIME

Sebelum pendakian bermula,
kami bersarapan dahulu.
Ini semua dah masuk sekali dalam pakej.
Makanan memang heaven sebab buffet.
Macam2 ada, nasi lemak, bubur, omelete, sup, cereal,
semua ada.
Seeloknya ambil makanan yang tinggi karbo,
sebab perjalanan jauh.
Makanan tengahari disediakan awal dalam pek tetapi bukan makanan berat,
(bukan nasi, mihun, dsb),
tetapi sandwich, biskut, buah epal dan air kosong.
Sesuai untuk pendakian yang memakan masa 4 ke 6 jam.
(Walaupun Ummi jalan agak lambat dan tiba selepas 6 jam 40 minit pendakian, fuhhh)


TAG
Tag ni best, sebab ada nama kita, hehe,
Tag yang disediakan ni untuk semua pendaki dan mesti dipakai setiap masa.
Dan JANGAN DIHILANGKAN!
Tag ini, jika tiada, maka anda tidak dibenarkan melepasi Sayap-Sayap Gate,
Gate terakhir untuk ke Puncak Kinabalu.
Maka sebaiknya, gantunglah tag ni dileher setiap masa.

Sebelum pendakian bermula, ada banyak prosedur yang perlu dibuat,
perlu mendaftar dan isi borang, beri salinan IC dan perlu bukti IC asal untuk ditunjukkan kepada pegawai yang bertugas di kaunter pendaftaran.
Selepas siap urusan pendaftaran,
dan beg yang tidak perlu dibawa bersama ke puncak telah disimpan,
baru kami bergerak menaiki van persiaran ke Timpohon Gate.
Perjalanan tidak jauh, kerana Timpohon Gate berada di kawasan Kinabalu Park juga.

TIMPOHON GATE

PETA LALUAN DAN PONDOK YANG DISEDIAKAN

PENERANGAN DARIPADA TOUR GUIDE
Tiba di Timpohon Gate,
Kami di beri penerangan oleh Tour Guide.
Antara yang diterangkan ialah peraturan ketika di atas gunung:

1) Tidak dibenarkan menjerit ketika berada di atas puncak.
Walaupaun anda super excited sekalipun, menjerit adalah tidak dibenarkan.

2) Jangan berada di Low's Peak terlalu lama kerana ruang yang sangat sempit,
bertimbangrasa untuk orang lain ambil gambar juga.

Peringatan lain ialah:

1) Jangan tiba terlalu lambat di Laban Rata. Anggaran perjalanan 4 ke 6 jam sahaja.

2) Ketika perjalanan pulang dari Laban Rata ke Timpohon Gate, jangan melebihi jam 5 petang. Jika lebih daripada itu, setiap tour guide akan caj RM12 seorang setiap sejam.

3) Bilik di Laban Rata perlu dikosongkan sebelum jam 10 pagi. Sekiranya lewat, setiap bilik akan dikenakan caj sebanyak RM100.
Ini bermakna, perlu turun dari puncak segera, atau lebih baik, pek semua barang sebelum naik ke puncak supaya bila turun dari puncak ke Laban Rata, beg sudah dikemas dan perlu dibawa turun ke cafe sahaja.

Selepas penerangan, pendakian kami pun bermula.

CARSON WATERFALL
Carson Waterfall ni anda akan jumpa tak jauh dari garis permulaan.
Dalam 50 ke 100 meter dari Timpohon Gate.
Ketika perjalanan pulang,
waterfall ini lah yang diharapkan segera jumpa,
petanda anda hendak sampai ke garisan penamat ketika perjalanan pulang.

KAWASAN INI KESAN SELEPAS GEMPA BUMI DAN DIBINA SEMULA
MALIN GUNUNG YANG BAWA 35 KG DRYER
Malin Gunung ni bawa beban lebih kurang 35 kg,
tetapi bergerak lebih laju daripada Ummi,
mana Ummi tak kagum.
PONDOK LAYANG-LAYANG
Jika anda sampai di Pondok Layang-Layang,
petanda perjalanan anda tinggal 2KM untuk tiba ke Laban Rata.
Wajah masih steady selepas 4km perjalanan.
Sebelum Pondok Layang-Layang ada banyak lagi pondok sebelumnya.
Kalau anda risau berkenaan hendak ke tandas.
Hilangkan sahaja kegusaran anda
kerana di setiap pondok ada tandas.
Dari tempat permulaan sahaja (Timpohon Gate),
next pondok hanya 500m sahaja iaitu Pondok Kandis.
Maka, anda tak perlu risau untuk minum banyak air,
kerana tandas sangat banyak disediakan.
Beg Ummi yg 6kg pun kerana bawa air yang banyak.
Anda boleh sahaja beli air di Laban Rata,
tetapi harganya agak mahal iaitu RM7 bagi sebotol kecil air mineral.
Even, Ummi pun kekurangan air ketika hendak perjalanan turun pulang,
so, terpaksa beli di Laban Rata walaupun mahal.
( Walaupun jika hendak difikirkan tidaklah mahal kerana dibawa sehingga ke puncak juga perlukan kos).
Pemandangan sepanjang perjalanan selepas Pondok Layang-Layang agak berbeza.
Pokok semakin renek dan cahaya matahari sudah mulai jelas tampak.
Rezeki Ummi sepanjang perjalanan cuaca sangat baik,
tidak hujan dan tidak mendung,
raincoat yang dibawa juga tidak digunakan langsung.
Syukur, Alhamdulillah.
POKOK SEMAKIN RENEK BILA TIBA DI BAHAGIAN ATAS GUNUNG

BEREHAT SEBENTAR, ADA KIT KAT TAK?

PERJALANAN TINGGAL 1.5 KM SAHAJA LAGI

Perasaan bila jumpa signboard KM ni sangat melegakan sebenarnya.
Selain pondok yang menjadi perkiraan berapa jauh sudah perjalanan,
signboard KM begini seakan pembakar semangat untuk segera tiba ke destinasi.
Siap terbayang difikiran, berapa jauhkan KM yang tinggal sekiranya di jalan biasa.
Ummi ingat lagi bila tinggal 500 m,
Ummi dan rakan-rakan siap dengan yakinnya,
lagi satu round padang Alam Shah sahaja, dekat dah, tak jauh dah!
Sampai begitu sekali, padahal 500 m mendaki dan jalan rata jauh berbeza!

NEPENTHES VILLOSA A.K.A PERIUK KERA
Periuk Kera atau nama scientificnya ialah Nepenthes Villosa.
Tumbuhan ni banyak di 1 km sebelum tiba di Laban Rata.
Dan ada satu Pondok dinamakan Pondok Villosa sempena nama tumbuhan ini.
Tumbuhan ini kecil, jika anda teliti, anda akan jumpa tumbuhan ni sebelum perjalanan ke Laban Rata.
HAMPIR TIBA DI VILLOSA SHELTER

BATU BESAR BERDEKATAN VILLOSA SHELTER

View disini sangat cantik,
Batu besar ni anda akan jumpa berdekatan dengan Villosa Shelter,
duduklah sebentar dan bergambar,
pemandangan sangat cantik di sini.

SWAFOTO

ANTARA PEMANDANGAN INDAH BERKABUS SEBELUM TIBA DI VILLOSA SHELTER

TERUJA BILA HENDAK TIBA KE LABAN RATA

KURANG 1 KM SEBELUM TIBA DI LABAN RATA

PERJALANAN PENDAKIAN KE LABAN RATA
WELLDONE !!! CLAP CLAP CLAP

LABAN RATA RESTHOUSE


Perasaan sangat bersyukur masa tiba di sini!
Setelah penat berjalan selama 6 jam 40 minit sejauh 6 km,
akhirnya tiba di Laban Rata.
Sungguh tidak percaya bagi orang amatur seperti Ummi,
walaupun agak lambat berbanding yang lain,
tetapi elok sahaja Ummi sampai,
makanan buffet sudah siap dihidang,
Apa lagi, makan la dahulu.
Tapi rakan-rakan nasihatkan untuk mandi air sejuk dahulu,
Baik untuk otot katanya.
Maka, Ummi pun terus mandi, tukar pakaian,
kemudian barulah makan.

Seusai makan,
bila Ummi keluar dari bangunan,
Subhanallah, pemandangan memang amazing!
Spectacular!
Macam duduk di negeri atas awan,
terbayang kisah Doraemon dan Nobita yang terbang duduk di awan.
Serious, pemandangan sangat mahal,
cuaca pula sangat sejuk.
Sunset di Laban Rata,
Subhanallah, indah sangat.
Serious!
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupa.

SEPERTI NEGERI DI ATAS AWAN

MENIKMATI SUNSET

SPECTACULAR!

Tiba waktu malam di Laban Rata,
kami semua segera tidur.
Alhamdulillah, Ummi tidur lena,
mungkin sebab terlalu penat.
Sebelum tidur, Ummi dah siapkan pakaian dan keperluan yang perlu di bawa ke puncak,
Pukul berapa ke puncak dan pengalaman menarik ke puncak,
insyaAllah Ummi akan sambung di next post.
Gtg. Wassalam!





You Might Also Like

1 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis