Kinabalu

Pendakian Amatur Ke Gunung Kinabalu (Part 3)

3:39 AM

Ya Allah, rasa dah basi nak pos tentang Part 3.
Punya lama Ummi biarkan blog ni berhabuk.
Tak apa. Yang penting, ceritanya dihabiskan.

Ok. Ummi sambung kisah pendakian dari Laban Rata ke Low's Peak Mt Kinabalu.

Puncak Kinabalu ada banyak, antaranya Donkey Ears (4054m), tetapi yang tertinggi ialah Low's Peak (4095m).

Donkey Ear's Peak

Low's Peak dinamakan sempena nama Sir Hugh Low seorang Pegawai Colonial British suatu masa dahulu.

Jika anda mendaki sehingga ke Donkey Ear sahaja, maka anda sudah melepasi Sayat-Sayat Gate, maka anda sudah layak memiliki Sijil Pendakian yang berwarna. (Jika anda tidak melepasi Sayat-Sayat Gate, sijil pendakian anda hanyalah berwarna hitam putih). Akan tetapi, adalah suatu kepuasan untuk sampai ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu iaitu Low's Peak.

Disebabkan itu, persiapkan diri dengan persediaan mental dan fizikal macam yang Ummi beritahu dalam pos sebelum ini. Banyakkan doa dan Solat Hajat bagi orang yang beragama Islam.
Untuk orang amatur seperti Ummi, sungguh menawan Kinabalu bukan suatu yang mudah.

*********************************************************************************

Pendakian kami dimulakan seawal jam 2.00 pagi.
Maka kami sudah bangun bersiap seawal jam 12.00 tengah malam.
Pakaian yang kami pakai adalah lebih tebal kerana cuaca pagi di Puncak Kinabalu adalah sangat sejuk.
Perlu ada bersama glove, penutup muka, head lamp dan baju sejuk kalis air. Dan jangan lupa, tag ID WAJIB dibawa.

Berbaju Seljuk Kalis Air

Kami bersarapan dahulu di Laban Rata (sarapan disediakan termasuk dalam pakej).


Bermulanya perjalanan dengan lafaz Bismillah dan Doa pada jam lebih kurang 2 pagi.
Perjalanan dimulakan dengan menaiki tangga yang agak banyak.
Mengah! Yes, sangat mengah.
Tetapi memikirkan perlu tiba di Sayat-Sayat Gate sebelum pukul 6, jika lewat maka tidak dibenarkan untuk diteruskan. Maka, gagah juga kaki ini melangkah,

Tamat sahaja tangga, laluan mula bercerun dan perlu menggunakan tali.
Maka, banyak aktiviti pendakian bertali selepas laluan bertangga,  iaitu selepas melepasi Sayat-Sayat Gate.

Bila sudah melepasi Sayat-Sayat Gate, maknanya sudah hampir dengan puncak.
Oksigen semakin nipis menyebabkan Ummi rasa sungguhlah mengantuk.
Melangkah terus melangkah padahal mata sudah hendak terpejam.

Ummi tiba antara yang agak lewat, kerana banyak berhenti!

Sungguhlah, stamina kurang, tapi nak panjat Kinabalu!

Tapi, Alhamdulillah, berjaya tiba di puncak lebih kurang jam 7.00 pagi.
Oh, lambatnya sampai!

Orang lain pukul 6.00 pagi dah sampai!
Siap, masa Ummi nak naik ke Low's Peak sudah ramai yang sedang turun tetapi masih beri kata semangat kepada kami untuk teruskan pendakian.

Suka untuk Ummi ingatkan bagi orang Islam, anda dikehendaki solat Subuh di puncak.
Maka, bersiap sedialah berwudhuk dahulu sebelum bergerak dari Laban Rata, atau bertayammum lah, kerana sesungguhnya air terlalu sejuk untuk anda berwudhuk di atas puncak ni!

*********************************************************************************

Perasaan tiba di Puncak?

Perasaannya sangatlah bersyukur, gembira, puas!


Low's Peak

Pemandangan dari atas Puncak Kinabalu 
Puncak Kinabalu

Perasaan bersyukur sangat-sangat ni, macam tak percaya pun ada!

Terasa bahagia sangat bila Allah beri keizinan untuk Ummi sampai di Puncak.
Tapi, jangan menjerit walaupun anda super excited.
Pantang larang penduduk disini, dilarang menjerit di atas Puncak Kinabalu.
Dan, hormatilah pendaki lain.
Puncak  tu boleh muat beberapa orang sahaja.
Bagilah peluang kepada orang lain untuk ambil gambar.
Dan ikut arahan instructor, jika dia suruh turun,
maka turunlah segdra kerana dikhuatiri kabus memenuhi kawasan puncak,
tak nampak jalan turun nanti Oi.

Untuk sesiapa yang berkeinginan untuk mendaki Puncak Kinabalu.
Teruskan niat, dan jangan lupa buat persediaan secukupnya especially kalau anda amatur macam Ummi. Boleh baca pos sebelum ini, okay!
:)





You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis