Tips

How I Display My Keychain Collection

5:41 AM

Assalamualaikum.

Hari ni Ummi nak kongsi cara Ummi pamerkan koleksi keychain yang Ummi kumpul.
Lama dah Ummi simpan je keychain ni dalam kotak.
Sebab tak jumpa idea nak pamerkan keychain ni.
Ada sebahagian Ummi sangkut di board meja kerja di sekolah Ummi.
Tapi ada banyak yang Ummi sayang sangat tapi tercari-cari idea nak letak macam mana, so, terbiar agak lama di kotak.

Setelah Ummi bertanya-tanya pada En. Google,
Akhirnya, Ummi dapat idea.
Ini contoh yang Ummi dah berjaya siapkan.

Turki (Keychain yang sempat dibeli ialah Keychain Istanbul dan Cappadocia)

Malaysia (Keychain ni kebanyakan dihadiahkan orang, ada keychain Kelantan, Kedah, Jamboree Johor dan keychain dari Sarawak)

England, Paris and Amsterdam ( Keychain London, Southampton, Paris dan Amsterdam)

Timur Tengah ( Mostly dihadiahkan kawan sebab Ummi cuma pernah sampai Mekah sahaja, Egypt and Palestine tu my mom yang hadiahkan, Jordan from my best friend Farhah, she's studying in Jordan)
 *********************************************************************************
Ok, So how to do?

First of all, kena ada 'frame' gambar.
Ummi guna 'frame' gambar IKEA sebab murah dan paling penting simple.

Buangkan plastik/ cermin hadapan bingkai
Then, print gambar negara yang dikehendaki.
Gambar ni Ummi ambil di google,
ada banyak di Pin Interest.
Nak jenis cartoon, classic, formal semua ada.
So, Ummi suka design ala-ala lukisan comel ni.
So, Ummi print dan 'laminate'.
Kenapa kena 'laminate'?
Supaya tahan lama sebab cermin/plastik frame tu Ummi dah buang untuk gantung keychain.

Gambar yang dah dicetak dan laminate
Kemudian, masukkan gambar tersebut di 'frame' tersebut.
Perlu potong sedikit kertas laminate tersebut jika tidak, gambar tersebut tak muat.

Masukkan gambar
Kemudian buat lobang untuk pada gambar tersebut.
Disebabkan ada plastik laminate, maka gunakan penukul dan skru/paku untuk buat lubang penyangkut.

Buat lubang penyangkut
Last sekali, sangkutkan 'hook' untuk gantung keychain tersebut.
Hook ni boleh dapatkan di kedai hardware.

Hook

Finally, it's done!
Tadaaaaaaa



So, bolehlah, gantung frame ni di dinding.
Disebabkan frame ni ringan,
Ummi tak perlu pun tebuk lubang di dinding.
Ummi beli hook 3M sahaja untuk gantung 'frame' ni.


You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis