Kisah Iman Khalis

Anak Ummi Berkhatan

10:23 PM


Iman ni dia memang hati tisu sikit. Kalau orang Jawa cakap dia Ciwek. Sejenis sama dengan Ummi dan Pak Usu dia masa kecil dulu, kuat menangis.

Tapi, Iman sibuk bagitahu Ummi dia nak berkhatan hujung tahun ni. Dia kata kalau dah besar lagi malu. Dia pula suka tengok cerita Upin Ipin, ada satu kisah tu tentang berkhatan. Cerita tu bagus, dia tunjuk macam kena gigit semut je, tak sakit langsung. Akhirnya, Iman memang bersungguh-sungguh nak juga berkhatan hujung tahun ni.

Ummi yang sangat kenal dengan Iman yang sangat takut jarum sebenarnya risau. Sudah berhari- hari Ummi rasa tak keruan sampai nak upload gambar dalam IG pun tak ada mood selagi Iman tak berkhatan.

Ummi yang memahami jiwa anak sendiri contact abah Iman supaya Iman rasa berani bila abah dia ada sekali masa berkhatan, sebab dia anak lelaki kan, Ummi perempuan. So, eloklah abah dia ada sekali.



Masa mula-mula masuk bilik doktor, Iman ok sahaja. Tengok dalam gambar atas katil tu, senyum sahaja dia.

Drama bermula bila Iman nampak jarum. Aduh, terus dia tak nak sunat. Puaslah semua memujuk, abah pujuk, Ummi pujuk, doktor pujuk, nurse pun pujuk, tapi macam tak jalan.

Bila pujukan tak jalan, maka bertukarlah kepada paksaan. Masa paksaan ni lah Iman menjerit meraung sampai kena pegang dengan nurse dan abahnya. Ummi dengan segala kata-kata nasihat, segala bacaan zikir semua keluar, bertakung jugalah air mata Ummi. Aduh, drama sungguh.(( Kalau ada budak tunggu nak bersunat lepas Iman tadi, rasa lari balik budak tu))

Terima kasih Dr.Ali Yahya yang sangat sabar layan kerenah anak manja ni. Iman oh Iman.

Gambar bersama doktor tu gambar setelah habis berkhatan. Lega Ummi. Alhamdulillah.

p/s: Iman berkhatan tak pakai kain sarung sebab Ummi dah beli seluar berkhatan, so tak perlu sabut, tak perlu kain sarung. Doakan Iman cepat sembuh ye uncles and aunties sekelian. ❤❤❤

Seluar berkhatan tu macam mana?

Ok, seluar tu yang Ummi beli macamni.

Basically dia macam seluar dalam budak yang biasa, ada saiz S, M, etc.
Cuma dia ada tempurung keras di bahagian hadapan untuk cover alat sulit anak tu. Macam orang dahulu gunakan sabut kelapa, ada yang guna kain diikat gantung, begitu jugalah fungsinya.

Ummi tahu tentang seluar khatan ni bila ada kakak tag bila dia jumpa di FB. Tapi seluar ni laku keras rupanya. Habis, dua tiga nombor Ummi hubungi tapi habis. Cuma ada satu nombor tu dia suruh Ummi contact Klinik Aiman Maju Seri Kembangan jika masih ada. Alhamdulillah, memang ada lagi, so Ummi dapatkan seluar khatan tu di klinik tersebut.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis