Anak Ummi Berkhatan Hari Ke-4

11:35 PM

Harini Ummi tukar sikit kaedah dari memakai seluar khatan kepada kaedah duduk bawah meja macam gambar di atas.

Alasannya, seluar khatan yang ada masih lembab sebab sekarang ni musim hujan dan pandangan daripada seorang kawan supaya pengudaraan tu lebih baik jika guna kain, maka Ummi pilih kaedah meja yang dialas ni.

Harini Iman dah pandai urus diri sendiri. Boleh pergi ke tandas sendiri, cuci sendiri dan keringkan sendiri. Ummi ajar Iman kaedah keringkan guna 'hair dryer' sebab dia takut sangat orang sentuh kan, so guna 'hair dryer' pun boleh. Lepas keringkan Iman sapu krim antibiotik sendiri. Iman belajar buat sendiri sebab esok hari Sabtu sampai Isnin Ummi dia kena kerja, ada tanggungjawab yang perlu diuruskan.

Hari ke-4, bengkaknya makin surut, tapi Ummi masih tak rasa senang selagi bengkak tu tak hilang, Ummi harap esok lusa bengkak tu betul-betul sembuh. Barulah hati Ummi ni lega sedikit.

Kata orang, insyaAllah dalam seminggu akan sembuh, Ummi harap betullah kata-kata orang ni, almaklumlah, hati ibu, risau sahaja bila anaknya tak betul-betul sembuh.


You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis