Kisah Iman Khalis

Anak Ummi Berkhatan Hari Ke-5

5:45 AM

Wah, hari ke-5 pun masih nak update perkembangan ke? Bukan dah sembuh ke?

Dik, tadi kawan Ummi seorang Ustaz ni pesan, sakit ni dia tak sama antara satu sama lain. Ada yang 3 hari dah boleh melompat, ada yang lebih seminggu belum betul sembuh. Luka ni kira suatu kesakitan juga, tak sama.

So, Iman hari ke-5, nampak makin sembuh, dah tak boleh duduk diam, tapi Ummi tak bagi dia mula nak terkinja-kinja tu Ummi 'sound'lah juga, sebab lukanya masih bengkak, belum betul sembuh. Itu jugalah yang merisaukan Ummi sebenarnya. Tapi dia tak ada mengadu sakit, demam pun tidak, bernanah pun tidak, maka Ummi masih buat benda yang sama macam doktor pesan haritu, cuci dengan air bersih, sapu ubat antibiotik, makan ubat ikut waktu macam biasa. Ummi tak ada pantang sangatkan Iman ni, cuma dia tak makan ayam atau telur. Masih sup sayur dan ikan yang Ummi 'google' tak gatal macam ikan merah. Tapi, air Ummi bagi sahaja Iman minum macam biasa, walaupun kata orang tua-tua dan pakcik makcik cakap air tak boleh minum banyak. Tapi doktor cakap boleh sahaja, tak ada masalah, maka Ummi bagi sahaja seperti biasa.

Hari ni sehingga lusa Ummi ada 'meeting'. Maka bersilat jugalah pagi tadi. Bangun pagi terus sahaja mandi, solat dan bersiap. Sebelum pukul tujuh Ummi dah carikan sarapan untuk Iman. Lepas tu patah balik ke rumah, kejutkan Iman untuk mandi, cuci luka, keringkan dan sapu antibiotik. Kemudian bagi Iman sarapan dan terus makan ubat. Tapi, Alhamdulillah walaupun kelam kabut, Ummi sempat sampai ke tempat mesyuarat 10 minit sebelum pukul 8.

Waktu siang di hujung minggu ni, Alhamdulillah ada Mak Andak Iman untuk tolong tengokkan Iman dan masakkan makanan untuk Iman. Kalau tak ada sesiapa, susah hati juga Ummi nak pergi mesyuarat. Tapi Alhamdulillah, ada yang boleh membantu.

p/s: Doakan Iman betul-betul sembuh sebab Ummi masih risau selagi Iman tak sembuh.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis