Anak Ummi Berkhatan Hari Ke-2

9:55 PM

Hari ke-2:

Hati Ummi dari semenjak anak Ummi menyatakan hasrat hendak berkhatan sudah mula resah gelisah. ini hari kedua selepas anak Ummi berkhatan. Debar sudah hilang tapi masih resah gelisah. Hati ibu barangkali penuh kerisauan.

Lebih risau bila bangun pagi, luka khatan bengkak sedikit banding semalam. Dari awal pagi lagi Ummi sibuk ber'whatsapp' dengan kawan yang anaknya berkhatan sama. Itu belum campur bertanya dengan kawan kawan sekolah yang bergelar doktor. Hati Ummi masih risau. Mengharapkan esok bengkak itu surut. Dan segera mengharapkan anak Ummi cepat sembuh.

Anak Ummi tak bergerak banyak pun. Cuma hendak ke tandas sahaja baru dia bangun. Itu pun Ummi yang tolong basuhkan sebab Ummi takut luka terkena air. ( Macam macam pandangan, ada kata boleh kena air, ada kata tak boleh), Ummi yang penakut seboleh boleh elak kena air, lap dan sapu ubat yang doktor pagi.

Bengkak tu kata kawan Ummi biasanya memang akan bengkak sedikit. Tapi Ummi masih risau, harapan Ummi esok Iman semakin sembuh.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis