Kisah Iman Khalis

Anak Ummi Berkhatan Hari Ke-3

10:00 PM

Hari ke-3:

Kata orang jika kita mimpikan sesuatu, tandanya kita terlalu memikirkannya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Itulah yang terjadi pada Ummi malam tadi. Ummi bermimpi anak Ummi telah sihat luka berkhatannya, siap boleh naik basikal lagi.

Tapi, ianya hanya mimpi.

Bangun pagi ni, Ummi tengok bengkak masih tak surut. Daripada Ummi duduk di rumah membiarkan kerisauan menggunung, adalah lebih baik jika Ummi ke klinik sahaja, biar doktor tengokkan apa masalah yang menyebabkan bengkak.

Sampai di Klinik Siti, bila doktor cek Iman, doktor kata, ada sedikit 'infection' yang menyebabkan bengkak. Yelah, Ummi langsung tak cuci bekas luka tu dengan air, mandi pun tutup bahagian khatan tu dengan cawan. So, doktor ambil kapas dan air, cuci hilangkan kesan kesan darah lama yang ada untuk elakkan 'infection', dan sapu krim antibiotik di situ.

Itupun bukan senang, Iman dengan dramanya, menangis-nangis, aduhai anak, nak cuci sahaja dengan kapas dan air tapi macam tulah di rumah, tak beri kerjasama, sampai Ummi nak cuci pun tak boleh.

Sebelum balik, doktor bagi ubat tahan sakit dan susut bengkak sebab ubat haritu sudah habis, dan ubat sapu antibiotik yang perlu disapu 2/3 kali sehari lepas mandi dan selepas ke tandas. Oh Iman, mohon beri kerjasama, no drama please.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis