Kisah Ummu Iman Khalis

KISAH APC 2013...KISAH RINDUKU PADA SESEORANG

6:20 AM

Alhamdulillah binikamatihi tatimmus solihat...
Hari ni seawal jam 5.30 pagi Ummi sudah bangun bersiap,
lantaran mendapat maklumat perlu berada di sekolah jam 6.45 pagi,
bergerak ke Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.

Alkisahnya,
Ummi tiba di sekolah jam 6.35 pagi,
masih tiada sesiapa,
juga bas tidak kunjung tiba melainkan jam 7.25 pagi,
Alhamdulillah ala kulli hal,
bas elok,
selamat tiba dari Sri Pu3,
maka kami bertolak ke Ipoh.

Perjalanan dalam 3 jam,
plus berhenti sarapan di R&R Rawang,
maka hampir pukul 12 tengahari baru kami tiba di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa,
diikuti dengan ucapan Tn. Hj. Rosland bin Hussein,
dan akhirnya penyampaian sijil.

Majlis yg serba ringkas tapi penuh bermakna kemudiaannya diikuti dengan
Jamuan makan tengahari.

Makanan best, lazat, tapi tak sempat nak ambil gambar, hehe.

Selepas makan,
kami bertolak pulang ke Putrajaya,
6.15 petang tiba di Putrajaya,
Jauhnya....

Apa yang menarik ialah,
di majlis ini Ummi terjumpa dengan guru Ummi,
semasa Ummi di KISAS dahulu Batch SPM 2001,
juga penerima APC 2013.
Ustazah Siti Hilmiah.


Rindu Ummi pada guru ni,
bila Ummi ternampak terus Ummi meluru ke arahnya,
terus bersalam mencium tangannya.

Jika Ummi pandai berpuisi,
pasti Ummi karangkan puisi indah buat beliau,
malangnya,
Ummi tidak pandai bermadah,
cuma boleh menulis coretan biasa
di blog yang biasa,
kadang bernyawa,
kadang tidak.

Ustazah Siti Hilmiah,
dia bukan sekadar guru,
dialah pendengar setia,
dialah insan berbicara penuh hikmah,
tidak menghakimi manusia sebagai pendosa,
sesiapa rapat dengannya,
jatuh cinta dengan keperibadiannya.

Malu berjumpa dengannya,
hanya kerana Ummi mungkin bukan yang dahulu,
mungkin juga bukan sebaik dahulu,
kadang rindu menjadi pelajar,
ada guru yang memberi tunjuk ajar,
bersendirian menjadi dewasa,
berjumpa ramai manusia,
pelbagai ragam,
pelbagai watak,
pelbagai topeng,
mungkin juga Ummi bertopeng sama.

Jika anda masih bergelar pelajar,
belajarlah menuntut ilmu,
carilah hikmah dalam jihad ilmu.

Once,
anda terjebak dalam dunia pekerjaan,
mencari waktu bergelar pelajar itu sukar,
lantaran komitmen yang besar terhadap keluarga,
sayangi guru,
hargai guru,
berkat hidupmu,
insyaallah.

Aku pelajar yang rindu,
pada Guruku,
pada ilmu dan pesan seorang Guru.






You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis