Kisah Ummu Iman Khalis

Aku Perlu ke Masjid

3:35 AM

Berkira kira dalam hati membuat timbang tara,
Ligat otak memikir mencari jalan dalam ruang kesibukan kerjayaku,
Lantas keputusan ku ambil,
Ye, aku perlu ke masjid. Titik.

Iman Khalis,
Tahun hadapan umurnya masuk 7 tahun, Darjah 1,
Sudah menjadi suatu taklifan dibahuku untuk mengajarnya tentang solat.

Solat,
Nampak mudah,
Tapi tidak mudah bagi mereka yang tidak pernah solat,
Atau tidak biasa solat,
Dan takkan mudah buat anak solehku juga,
Andai tidak aku biasakan.

Maka, aku gagahkan kaki,
Tabahkan hati untuk ke masjid,
Demi suatu bentuk tarbiah untuk anakku,
Kerana anakku itu lelaki,
Lelaki itu seafdhalnya masjidlah tempat solatnya,
Maka apabila terpikul di bahuku,
Akulah ibu, akulah ayah,
Maka akulah orang yang perlu membawanya ke masjid,
Dalam hati terdetik jua,
Andailah ada seorang pencinta masjid yang boleh membawa pejuang kecilku bersama,
Andaian....
Suatu ketidakpastian,
Buat apa perlu aku tunggu pada suatu ketidak pastian,
Maka aku yang seharusnya bertindak,
Merancang strategi dalam mendidik seorang anak lelaki kecil tentang makna dirinya seorang Islam.



You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis