Kisah Ummu Iman Khalis

3 series...

6:08 AM

Kurang 3 jam lagi,
Secara rasminya umurku menginjak ke 30 tahun,
3 series orang cakap,
Macam kereta pula main siri siri bagai.

Semenjak diri dah rasa tua ni,
Tak berapa nak rasa 'excited' dah sambut birthday,
Perasaan biasa sahaja,
Sama macam hari hari yang biasa.

Elok juga bila rasa tua ni,
Ingat mati banyak sikit banding kalau perasan muda,
Lagipun bukannya kita boleh tahu ajal maut kita masa muda ke tua,
So, eloklah beringat,
Umur sudah meningkat,
Amalan tu risau meningkat seiring usia kah?
Atau semakin menurun? Nauzubillah min zalik.

Selamat hari lahir buat diriku,
Jutaan terima kasih buat mama yang melahirkanku,
Buat kedua ibu bapa yang membesarkanku,
Sesungguhnya anakmu ini bakal berumur 30 tahun :)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis