Kisah Ummu Iman Khalis

Saya Suka Haiwan Peliharaan...

6:19 AM

Kisah Ummi suka haiwan peliharaan bukan semenjak dua menjak ni,
dah lama dah,
dari Ummi kecil sebenarnya.

Mama Ummi and adik beradik Ummi mungkin lebih arif
tentang betapa taksubnya Ummi dengan haiwan peliharaan.

Tapi hendak dijadikan kisah zaman dulu2,
hanya kucing dan anjing sahaja yang biasa di bela,
jarang kita dengar orang bela arnab sebagai pet,
atau sugar glider aka tupai terbang as a pet,
jarang lagi untuk dengar ular sebagai haiwan peliharaan,
bukan macam sekarang,
segala jenis haiwan dari yang comel sehinggalah eksotik,
manusia cuba bela sebagai haiwan peliharaan,
ular tidak lagi hanya ada di zoo,
kat rumah pun dah ada sekarang!

So, kisah Ummi dahulu kala,
Ummi memang sukakan kucing,
especially anak kucing,
jumpa kitten tepi jalan,
mesti kutip bawa balik rumah,
tapi mama tak bagi Ummi bela dalam rumah,
so Ummi letak dalam kotak luar rumah,
tapi pernah juga seludup masuk dalam rumah,
siap bawa tidur atas katil,
beralas tisu dan berselimut tisu,
comel gile anak kucing tidur macam tu!
Lebih kurang macam ni lah gambarnya :)


credit to http://cutearoo.com/2012/01/20/kitten-in-tissue-bed/

Pernah juga Ummi dulu seludup kucing dari kampung Opah di Perak,
bawa senyap2 tidurkan dalam Pajero Abah,
so tak ada yang perasan Ummi seludup seekor anak kucing,
kecuali adik2 Ummi je yang tahu n jadi rakan subahat,
tapi akhirnya kakak dan mama tahu juga,
sebab anak kucing tu mengiau masa kami semua berhenti untuk solat,
dan paling menyedihkan,
disebabkan anak kucing tu masih kecil,
walaupun Ummi cuba bagi susu guna botol bayi,
tapi akhirnya dia pergi juga,
seperti biasa,
tanam di tepi rumah,
siap buat penanda macam kubur,
tanam sambil menangis :(

Itu kisah zaman Ummi masa kanak-kanak,
bila dah remaja,
masa di UIA,
gian nak bela haiwan ni datang lagi,
so Ummi cuba bela hamster and guinea pig,
punyalah cepat dia membiak sampai Ummi ada 4 cages,
kesian roomate Ummi,
mesti stress bertemankan roomate yang obses dengan haiwan peliharaan,
hehehe,
akhirnya Ummi bawa balik kampung,
dan disebabkan jumlahnya yang sudah semakin banyak,
akhirnya semua hamster dan guinea pig tu Ummi bagi dekat petshop,
kira surrender tak nak jaga dah!

Kemudian Ummi,
mula berjinak semula bela arnab,
masa mula2 kahwin,
kemudian surrender,
then bela semula bila anak Ummi dah boleh berjalan,
kemudan disebabkan kurang ilmu tentang arnab,
dan arnab ni cepat membiak,
akhirnya Ummi jual semua pada orang.

Ok, dan sekarang,
Ummi mula bela semula haiwan peliharaan,
mungkin kerana anak Ummi dah besar,
so Ummi ada banyak masa untuk bela semula haiwan peliharaan,
tapi sekarang Ummi bukan ada arnab sahaja,
tapi ada hamster juga :)

Sepasang arnab dan sepasang hamster...

Crush dan lily...

Merah dan Orange...

Haiwan peliharaan memang comel dilihat,
tapi komitmen itu perlu...

Jangan bela kerana comel,
akhirnya kebajikannya terabai.






You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis