Kisah Ummu Iman Khalis

Hari Keenam di Tahun 2014

7:17 AM

Hari ni agak lewat pulang ke sekolah...
waktu pdp tak banyak hari ni...
4 waktu sahaja,
2 selepas rehat,
lagi 2 waktu selepas break tengahari.
Masih cuba sesuaikan diri dengan jadual pdp yang baru ni.

Habis kelas jam 3.30 terus siapkan kerja yang tertangguh,
bukan sengaja tangguh kerja,
tapi kalau namanya kerja,
tak mungkin habis,
cuma dahulukan yang dahulu,
disebabkan yang ni agak penting,
sebab hendak diriso esok,
untuk digunakan Hari Pendaftaran Tingkatan 1 rabu nanti,
maka Ummi  sehabis daya cuba siapkan,
around jam 5.30 petang siap,
Ummi terus jumpa PK HEM untuk semakan,
alhamdulillah sedikit sahaja pembetulan,
esok boleh print baru dan riso.

Balik dari rumah,
Ummi singgah ke presint 16 order sup campur,
ingat nak balik masak nasi and goreng telur mata je,
sebab dah penat.

Tapi, rupa2nya,
adik bawa balik KFC,
rezeki Iman makan KFC,
Pak Andak belanja.

After balik sekolah,
seperti biasa,
bersihkan cage arnab dahulu,
and tengok hamster baru.

Hamster ni masih agak garang,
mungkin dia perlu sesuaikan diri dengan tempat baru dahulu,
well, menurut pembacaan nSI,
pertukaran tempat baru agak memberi tekanan pada hamster sebenarnya.

So, Ummi beri masa seminggu untuk hamster ni sesuaikan diri,
after that,
Ummi nak cuba jinakkan,
tak laratlah kalau asyik kena gigit je,
boleh trauma tau kalau kena gigit hamster selalu :)

Well,
hari keenam di Tahun 2014,
seperti biasa,
busy tapi masih happy :)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis