LOA vs LUA

12:28 AM

Sungguh lama tak update my precious blog,
well, nSI agak busy lately,
menghilangkan idea dan mood untuk update blog.

Tapi, hari ni,
minggu ini,
nSI agak free,
so nSI nak story sedikit tentang,
dua buah buku yang baru nSI habis baca:

1) The Secret (RM79.90)


2) Law of Universal Attraction (RM14)



Ok, basically dua-dua buku sebenarnya berkaitan Law Of Attraction,
kalau first time dengar term ni,
boleh rujuk post nSI sebelum ni,
nSI ada cerita sedikit tentang LOA.

Tapi, yang paling menarik sebenarnya ialah buku kedua yang nSI baca,
iaitu buku The Law of Universal Attraction (LUA).

Kenapa?
Sebab, buku LUA tu tukar perspective LOA yang banyak dibaca daripada barat,
dalam Islamic perspective.

So, nSI cadangkan,
kalau berminat nak baca,
baca dulu buku Law of Universal Attraction.
Sebab,
buku The Secret tu,
ditulis oleh non-muslim,
so perspective dia agak bahaya,
sebab banyak dikaitkan dengan kuasa alam,
seolah-olah alam yang beri apa kita nak,
lebih kepada fahaman atheist.
So, fahaman atheist bahaya bagi akidah,
sebab boleh jatuh syirik.

So, nSI nak buat sedikit pandangan,
setelah membaca kedua-dua buku ini,
suatu sudut pandangan tentang LOA or LUA.

Ok, so basically, nSI lebih suka term LUA,
instead of LOA,
sebab LUA lebih tekankan tentang Allah sebagai Universal Attractor,
that's why dia guna term Law of Universal Attraction,
dan LUA ini lebih dekat kepada the power of Doa.

Manakala, LOA pula,
dalam buku The Secret,
lebih mengatakan bahawa alam yang memberi atau mengabulkan permintaan.

Sebab tu nSI pernah katakan dalam post sebelum ini,
bahayanya fahaman LOA dari Barat ini ialah kerana fahaman yang mengaitkan
dengan alam yang mengabulkan permintaan.

Dalam buku LUA,
ada digariskan empat perbezaan yang LOA menyimpang dengan LUA ni:

1) LUA mengatakan bahawa Universal Attractor (Tuhan) yang mengabulkan permintaan manakala LOA yang menyimpang mengatakan bahawa alam yang mengabulkan permintaan.

2) LUA sesuai dengan fitrah sebab kita memohon kebaikan kerana Allah Maha Baik. Manakala, LOA boleh minta apa sahaja mengikut hawa nafsu maaing-masing.

3) LUA bermohon kepada sumber kejayaan yang sebenar manakala LOA bermohon kepada alam yang tidak mampu berikan apa-apa melainkan dengan izin Tuhan.

4) LUA, tarikan kejayaan lebih kuat kerana sentiasa bersandar kepada Tuhan yang Maha Kuat, manakala LOA, tarikan kejayaan menyimpang kerana salah memilih sumber kejayaan sebenar.

So, basically, LOA akan menyimpang kalau dikaitan kepada fahaman atheist bahawa alam yang bertindak balas dalam mengabulkan permintaan.

So, tukar perspective tersebut.

Selain tu,
pandangan humble nSI la kan,
LOA or LUA or yang seangkatan dengannya,
banyak berkait rapat juga dengan the power of mind,
sebab tu akhirnya banyak juga dikaitkan dengan,
conscious mind and unconscius mind,
minda sedar dan minda luar sedar (minda segar ikut term Dr.Muhaya).

So, doesn't matter,
kalau anda tak pernah tau pasal LOA,
tapi cukup yang anda tau ialah,
sentiasalah berfikiran positif.

Cakap senang untuk sentiasa berfikiran positif,
well, cakap memang senang,
nak buat?

Ok, nSI akui,
tak setiap waktu kita boleh positif,
sungguh manusia tak perfect pun,
datang sedikit ujian je,
terus down!

Ok, ini yang nSI buat,
first of all,
memang kena rajin zikir,
especially lepas solat,
buat yang sedikit then jadikan amalan.
Astagfirullah 33, Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahu Akbar 33.
Itu yang nSI buatlah,
itupun cuma lepas solat,
oh, nampak sangat nSI tak berapa rajin kan,
tp tak apa yang penting istiqomah,
biar sedikit tp berterusan.

Kedua,
cari kata-kata hikmah yang positif,
baca buku-buku or artikel tentang motivasi,
dan dengar muzik yang menceriakan hati.

Ketiga,
don't ever let negative thinking control your mind,
dia mungkin datang,
just fokus hilangkan dari pandangan.

Dan stop tweet or update your status in facebook dengan something yang negative,
sesungguhnya anda hanya menarik negativity itu datang kepada anda.
Dan jadi doa, terus hidup anda semakin worse.

So tukar "what a tiring day" kepada "what a productive day",
melainkan anda memang suka kepada penat.

Tukar "saya demam" kepada "saya dalam proses untuk sembuh dari demam tolong doakan saya".

Tukar " janganlah benda buruk tu jadi" kepada " everything just fine" or "All is well".

Paling bahaya word "jangan",
sebab "jangan" tidak boleh dibayangkan,
yang akan dibayangkan ialah word selepasnya,
contoh "jangan jatuh",
"jangan" sukar dibayangkan,
maka jatuh yang akan dibayangkan,
jatuh yang lebih kerap terjadi.

Tapi, tidaklah setiap waktu kita tak boleh guna perkataan jangan,
sedangkan ada perkara memang perlu dilarang,
so daripada yang nSI baca,
instead of word "jangan" cuba tukar kepada "elak",
sebab "elak" boleh dibayangkan,
contoh "elak lalu jalan ini",
so kita boleh bayangkan diri kita mengelak daripada melalui jalan tersebut.

Ok, nSI tak berhajat untuk cerita lebih lanjut tentang kedua-dua buku yang nSI sebut tadi,
sebab terlalu banyak,
so, nSI galakkan semua orang baca buku ni,
especially buku LUA.
Buku the secret tu,
terpulang,
nak baca boleh untuk pengetahuan,
tp hati2 sebab fahaman atheist sungguh banyak di dalamnya.

Ok, nanti nSI sambung lagi,
insyaallah.
:)


You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis