Motivasi

Let's Be Brave!

10:20 AM

Semua orang ada 1000 alasan untuk rasa takut,
Ummi pun ada seribu alasan untuk rasa takut juga,
hidup seorang,
besarkan anak,
single mom,
oh ada banyak alasan untuk takut!

Tapi ingat ketakutan tak membantu anda langsung,
maka hilangkanlah seberapa segera.

Ok, Ummi start dengan benda paling simple,
apa binatang atau serangga yang paling kita takut?

Ok, Ummi sangat takut dengan lipas,
sebab masa Ummi umur dalam 4 -6 tahun,
ada seorang pembantu rumah,
bawa Ummi naik basikal,
then dia cerita kawan dia mati sebab telinganya masuk anak lipas.
Sesungguhnya, cerita tersebut,
telah masuk dalam unconscious mind Ummi,
kesannya sehingga sekarang masih takut dengan lipas,
cuma dah makin kurang,
tak seteruk dahulu.
Dulu, kalau nampak lipas mesti tutup telinga,
especially lipas terbang,
sebab takut masuk telinga!
Fobia.

Moral of the sory,
jangan takutkan orang especially kanak-kanak,
sesungguhnya anda membuat kanak-kanak tersebut develop fear dalam dirinya,
dan akhirnya jadi fobia macam Ummi.

Ok, cara atasi,
ialah lawan,
unlearned,
dan sebagainya,
so far,
tang lipas ni,
Ummi masih lagi fobia,
masih mencuba untuk tidak takut,
So funny, lol.

Ok, tapi Ummi bukan nak cakap pasal takut dengan binatang, serangga, etc.
Tapi Ummi nak kaitkan dengan kenapa kebanyakan benda yang kita takut, biasanya akan terjadi.

Lagi takut dengan lipas, akan lagi selalu jumpa dengan lipas!
(well, baru lalu seekor lipas yang agak besar, time cakap pasal lipas ni, sempat di sembur dengan shieldtox, sorry lipas saya tak tertarik dengan anda, please go!)

Lagi takut dengan suatu subjek yang agak sukar, tup tup subjek tu yang kita tak score!

Lagi takut someone akan tinggalkan kita, then dia betul betul tinggalkan kita!

Lagi takut nak bawa kereta manual, tup tup langsung fail terus ujian memandu!

Biasa tak?

Sampai orang selalu guna ayat ni,
sesungguhnya benda yang saya sangat takut terjadi, akhirnya terjadi!

Sesungguhnya anda membayangkan dan merasakan perkara yang anda takut itu,
dalam diam ia menjadi doa,
kerana apa yang anda bayangkan, fikirkan, rasakan adalah Doa.

Sebab tu ingat,
Jangan takut, jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita.

Hilangkan segala ketakutan,
dan yakinlah dengan pertolongan Allah.

Semua orang ada seribu hatta sejuta alasan untuk takut,
tapi andai ketakutan tak pernah membantu membangunkan diri anda,
maka hilangkanlah.

Ini juga alasan paling kuat kenapa Ummi tak tengok cerita seram,
kerana cerita macam tu hanya membuatkan Ummi jadi penakut.
Siap terbayang-bayang,
nak pergi dapur takut,
tandas takut,
so, Ummi tak tengok cerita seram-seram ni.

Hidup kena berani,
kalau banyak sangat ketakutan,
macam mana nak hidup.

Pernah tengok cerita 3 idiots tak?


Kawannya yang bernama Farhan,
yang memakai banyak cincin kerana sangat takut,
takut adiknya tak kahwin,
takut tentang ayahnya yang sakit,
takut tentang ibunya yang kesusahan,
takut tentang keluarganya yang kemiskinan.
Then, kawannya yang bernama pelik itu Phunsukh Wangdu yang sebelum tu dikenali dengan nama Rancho pesan pada Farhan alasan kenapa dia tak cemerlang dalam engineering?
Alasannya ialah kerana terlalu banyak ketakutan.

Ummi suka cerita motivasi macam 3 idiots ni,
banyak pengajaran:

1) Stay positive, diorang selalu sebut All is well bila keadaan sukar.

2) Hilangkan ketakutan, sama macam apa yang Rancho pesan pada Farhan.

3) Be happy, diorang yang sangat ceria dan happy go lucky (tapi ikut yang baik jelah, langgar peraturan,  jadi nakal tu pun bukanlah bagus sebenarnya)
Cuma sudut yang positif, jadi ceria :)

Let's be brave everyone!
Just face it!

Untuk mereka yang bakal menduduki PMR( sekarang PT3 saya edit sebab ni catatan lama), SPM, peperiksaan akhir semester di Kolej or Universiti, siapkan Master or PHD, hilangkan ketakutan anda walaupun anda berhak untuk takut.

Untuk mereka yang hidup seorang, terasa bersendirian, juga hilangkan ketakutan anda,
sessungguhnya anda tidak pernah seorang, cuma anda sahaja yang merasakan sebegitu.

Untuk mereka yang dalam kesusahan, dan anda takut untuk teruskan kehidupan, hilangkan ketakutan, sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan, bersama kesusahan ada kemudahan.

Untuk mereka yang kegagalan, hilangkan ketakutan, sesungguhnya gagal itu subjektif sifatnya, anda tidak gagal, cuma anda telah menjumpai punca kenapa anda tidak berjaya, dan jika anda gagal sekalipun, sesungguhnya anda tidak gagal semuanya. Hilangkan ketakutan.

Untuk semua yang sudi membaca blog saya,
doakan saya sentiasa,
sesungguhnya doa anda,
yang tidak pernah saya tau bahawa anda mendoakan saya,
semoga doa itu dimakbulkan Allah.

 Ummu Darda' r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

"Tiada seorang Muslim pun yang berdoa utuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: 'Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu". (Riwayat Muslim no 2732)



(http://lilinhidupku.blogspot.com/)

Let's be brave! :)



You Might Also Like

1 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis