Saya masih sendiri

11:51 PM

Lama sunggu nSI tak update blog,
kesibukan dan komitmen kerja menyebabkan nSI lupakan sejenak blog,
cuma sempat update twitter sahaja,
dan juga facebook.

Tiada apa yang special terjadi dalam kebelakangan ini,
nak kata nSI jumpa Mr.Perfect pun tiada juga.

Cuma yang makin banyak datang,
seperti biasa salam perkenalan,
dari Ketua Polis sampailah abang kat kedai makan,
I don't know what's wrong with my LOA or LUA,
apabila yg mulai datang adalah stranger,
termasuklah yang diperkenalkan oleh guru-guru senior dengan beberapa orang bekas student mereka.

Tapi frankly speaking,
mostly yang datang semuanya tak sesuai,
especially kalau laki orang,
memanglah nSI reject awal-awal,
jadi yang kedua, ketiga or keempat such a loser,
sorry that's not me,
I'm not that desperate nak kahwin laki orang,
bila nSI cakap "sorry, tak dapat",
macam ramai pula rasa tercabar,
siap jawab,
sekarang tak dapat,
tunggulah nanti,
amboi!

Sorry, nSI mungkin nampak macam memilih,
kata seorang kawan sekerja nSI,
nSI jual-jual mahal,
main tarik-tarik tali.
Yupe, memang nSI agak memilih,
sebab nSI dah pernah kahwin,
pernah tersalah pilih,
tak mungkin nSI ulang kesilapan kedua,
dan lebih baik tiada,
daripada ada tapi menyusahkan.

Tapi, soalan dah ada calon suami,
itulah yang kerap kali ditanya oleh semua orang,
mungkin sebab nSI nampak happy,
so, semua orang tertanya-tanya,
sudah berpunyakah?
berpunya tiada lagi,
tapi berkawan memang ramai.

-If you want to be famous, just stay single!-nSI



You Might Also Like

1 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis