Kisah Iman Khalis

Hari Guru Mode : Turn On

6:08 AM

Esok 16 Mei 2016
Seperti biasa, hadiah untuk cikgu-cikgu Iman Khalis adalah wajib.

Ummi dah lama plan nak hadiahkan apa tahun ni.
Kebetulan cikgu-cikgu Iman semuanya perempuan,
so, lebih senang, Ummi hadiahkan 'Korea Premium Brooch' untuk cikgu-cikgu Iman.

Kalau ada yang berminat nak beli,
boleh buat tempahan pada Ummi,
kebetulan semua kerongsang sudah 'sold out'.
So, kena buat tempahan.


Gambar di atas tu,
Iman tengah semangat lipat dan gam kotak-kotak,
untuk letak kerongsang dalamnya.
Iman tolong bahagian tutup sahaja,
sebab kecil sedikit.
Bahagian badan kotak tu Ummi yang lipat.
Bukan Ummi taknak bagi semua,
tapi nak cepat,
sebab banyak kerja lagi tak siap,
memanglah Ummi tolong sebab Ummi buat lagi laju.


Kotak ni sebenarnya 'ready made',
tinggal lipat dan gam sahaja.
Harganya pun murah,
5 keping dalam RM2.80.
Sekotak dalam 55 sen lebih kurang.


Then, Ummi masukkan kerongsang.
Nilai hadiah ni tidaklah mahal, dalam RM25 sahaja.
Harga tidaklah penting,
yang penting keikhlasan dan penghargaan.


Ummi, cetak sendiri ucapan yang Ummi ambil di Internet,
letak nama Iman dan nama guru,
tampal, siap!

Comel je hadiah untuk cikgu-cikgu Iman,
ada 9 orang semuanya.

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis