Banyak komen tentang gambar di atas,
bila nSI upload ke dalam laman sosial,
Komen paling banyak yang diutarakan ialah,
tentang jumlahnya yang sangat banyak!
Well, nSI admit memang banyak,
sebab nSI beli 5 pasang setiap satu,
5 kemeja,
5 seluar slack sekolah,
5 pasang baju melayu,
5 sampin.
Complete set untuk seminggu.
Cuma kasut sahaja nSI beli 3 pasang, songkok 2, tapi stokin beli sampai 10 pasang.
Alasan nSI;
1) nSI tiada maid untuk bantu urusan rumah yang tak pernah selesai,
2) nSI risau kesibukan di sekolah menyebabkan pakaian anak sendiri tak terjaga.
Perkara ni ada lah terjadi beberapa kali dalam setahun,
akhirnya Iman ke tadika tanpa baju uniform.
Kena pujuk pagi-pagi padahal salah nSI sendiri.
3) nSI dah tanya dengan ramai kawan berapa banyak yang perlu di beli,
and kebanyakan mencadangkan jumlah sedemikian,
sehari sepasang lebih mudah.
4) Ini alasan paling kukuh, masa nSI darjah 1 ke 2 dahulu,
masa sekolah rendah,
ada seorang ustazah tu panggil nSI ke depan,
tanya kenapa kasut nSI kotor.
Uwaaaa, sedih kot masa tu,
zaman sekolahku yang comot,
pastu ustazah tu tanya pula kenapa kasutku kotor.
Uwaaaa, sampai sekarang ingat sebab nSI cuma diam seribu bahasa
bila ditanya sedemikian dengan nada serius.
Ok, so, nSI tak mahu Iman nampak comot macam nSI dulu.