Biarlah berhikmah...

10:33 AM

nSI menegur seorang agama yang sedang menegur seseorang,

tapi akhirnya nSI juga turut ditegur kerana menegurnya,
konon-kononnya nSI menyampuk tidak memberi salam....

Maka, senario di sini yang nSI lihat ialah sukarnya orang agama menerima teguran,
walaupun beliau dalam situasi yang sama iaitu sedang membuat teguran.

Erti kata lain,
manusia kerana egonya,
sangat tidak suka ditegur walau sejauh manapun dia faham bahawa teguran itu perlu,
tetapi kerana ego seorang manusia,
adalah sangat sukar menerima teguran.

Kerana itulah selalu diingat tentang method of da'wah,
ingat dua benda paling mudah di fahami,
biarlah dengan hikmah dan pengajaran yang baik.

Andai kita sendiri tidak suka ditegur sedemikian rupa,
maka janganlah menegur sedemikian rupa.

Andai kita sendiri sukar menerima pendapat orang lain,
tidak usahlah memaksa orang lain menerima pendapat kita.

Sesungguhnya manusia itu berbeza,
maka kaedah dakwahnya juga boleh dipelbagaikan,
kadangkala diri sendiri lebih baik dijadikan contoh dahulu sebelum membuat teguran,
terlalu banyak menegur kesalahan orang lain,
kadangkala terlupa kesalahan diri sendiri maka kredibiliti itu sendiri sedikit terjejas,

Sekadar peringatan buat diri,
sesungguhnya nSI juga di kalangan orang yang banyak membuat teguran,
lantaran kerana tugas sebagai pendidik,
teguran, nasihat, peringatan sudah biasa meniti di bibir,
terutamanya untuk anak didik yang dikasihi fillah.

Hakikat sebenar,
mungkin kerana ego dalam diri,
teguran sememangnya sangat sukar diterima,
maka tegurlah dengan hikmah,
semoga kita bukan penyebab orang lain menjauhi agamanya sendiri,
lantaran kerana ketidakbijaksanaan kita sendiri dalam memberi peringatan dan teguran :)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis