J.E.R.E.B.U

10:10 AM

Jerebu!
sekarang di jam 12.57 pagi 25 jun,
bacaan terakhir yang dicatatkan oleh informasi bencana,
tempat nSI tinggal iaitu putrajaya sudah meningkat kepada 179 tahap tidak sihat,
kalau melepasi 200 sampai tahap sangat tidak sihat.

Tapi esok nSI kena pergi sekolah seperti biasa,
arahan kementerian mungkin sebab belum sampai tahap bahaya atau darurat.

nSi sekarang ni berada di hospital,
dari jam 9.00 malam tadi sampai sekarang dah pukul 1.00 pagi,
nSI masih berada di hospital,
tunggu anak murid nSI tingkatan 1,
lelah sangat teruk,
dah 4 kali ambil neb,
sampai sekarang masih tak siap lagi,
jerebu memang beri kesan teruk apatah lagi kalau orang yang ada asma.

nSI skang pun ada rasa sesak dada sikit,
tapi alhamdulillah masih dalam keadaan ok.

nSI tak pakai face mask macam yang biasa orang pakai time jerebu,
sebab nSI tak selesa pakai tu,
rasa lemas,
so nSI pakai macam ni,
pun boleh kan?


ini gambar nSI bosan menunggu berjam-jam,
di hospital putrajaya.

nSI nak tunjuk satu gambar menarik,
tak tahu siapa yang creative edit gambar ni,
maaflah kalau letak di blog tak minta izin,
sebab nSI jumpa di facebook,
gambar ni cute sangat,
bolehlah buat orang tersenyum di kala stress menghadapi jerebu.

comel kan?
gambar Ultraman Taro lawan dengan raksasa.

Oklah, di waktu jerebu yang teruk ni,
jom banyakkan istighfar,
moga Allah hilangkan jerebu ni dan turunkan hujan,
pokok bunga nSI semua mati,
sebab nSI lupa siram,
hujan pula tak turun,
tapi alhamdulillah nSI dengan anak nSI masih lagi dalam kategori sihat,
alhamdulillah :)

Jaga kesihatan semua,
jangan lupa pakai masak kalau keluar rumah,
kalau tak ada mask,
boleh guna wet towel tekap di hidung,
banyakkan minum air,
dan minimikan aktiviti di luar rumah,
k.

Take care :)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis