Alhamdulillah binikamatihi tatimmus solihat... Hari ni seawal jam 5.30 pagi Ummi sudah bangun bersiap, lantaran mendapat maklumat perlu berada di sekolah jam 6.45 pagi, bergerak ke Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Alkisahnya, Ummi tiba di sekolah jam 6.35 pagi, masih tiada sesiapa, juga bas tidak kunjung tiba melainkan jam 7.25 pagi, Alhamdulillah ala kulli hal, bas elok, selamat...