Kisah Ummu Iman Khalis

Cerita Seram Waktu Pagi

10:38 AM

Disebabkan malam ni,
ramai anak didik Ummi jadi burung hantu,
maka Ummi pun sama jadi burung hantu,
sebab dah jam 1.25 pagi,
tapi tak tidur2 lagi,
so Ummi nak cerita sedikit pasal burung hantu ni.

Bila cakap pasal burung hantu ni,
Ummi teringat satu aktiviti yang senior Ummi masa sekolah dulu suka sangat buat kat junior,
namanya Operasi Burung Hantu,
ataupun Operasi Kelawar Hitam.

Aktiviti ni memang agak menyeramkanlah,
sebab dibuat di waktu malam menghala ke jam 12 malam.

Semua junior akan dikumpulkan di dataran sekolah,
then senior akan bagi kain tutup mata pada semua junior,
semua junior diwajibkan tutup mata.
Then, senior akan bisikkan satu password pada junior.
Then, junior ni ditempatkan seorang2 di tempat2 yang menyeramkan,
dekat pagarlah, belakang bangunan sekolahlah,
paling seram dekat dengan kubur!
Sebab sekolah Ummi dulu sebelah kubur!

So, bila kami junior2 ni diletak seorang2,
dengan mata ditutup,
kami pun berzikirlah, baca surah lah, berselawatlah,
sampai datang seorang senior yang akan bagi password,
contohnya password tersebut ialah Ar-Rahman,
so kami akan bagi jawapan Ar-Rahim,
kalau password selain daripada tu,
jangan ikut,
sebab takut bukan di kalangan 'kami'.
Kalau password tu betul,
kami akan ikut senior tu bawa kami,
berkumpul semula di dataran.
Then, senior akan kira bilangan kami semua,
make sure jumlah sama dengan sebelumnya,
kalau terkurang maknanya ada yang hilang,
kalau terlebih maknanya.....
And dua2 tu pernah terjadi,
paling cuak kalau terkurang,
jenuh mencari sampai jumpa,
kalau terlebih,
senior akan sound,
sesiapa yang bukan di kalangan kami,
sila pergi dari sini.

Macam-macam cerita jadi bila buat operasi ni,
ada satu tahun tu,
sebelum operasi lagi,
kawan Ummi dah nampak 'something' di kantin,
dia dah cakap jangan teruskan,
tapi semua teruskan juga,
sekali dia histeria dekat situ,
dan ada seorang junior tak dijumpai,
baru semua menggelabah tamatkan operasi.

And Ummi rasa itulah Operasi Burung Hantu yang terakhir dibuat,
after that sekolah Ummi bertukar di tempat baru,
yang lebih selesa dan tidak menyeramkan,
sekolah Ummi tu memang agak seram,
pastu buat lagi operasi menyeramkan,
macam2lah jadi,
paling teruk histeria berantai, sampai 3,4 orang serentak.

Mujur anak didik Ummi sekarang tak buat operasi macam ni,
dulu Ummi kena tiap tahun.

Operasi Burung Hantu (OBH),
atau dikenali juga sebagai
Operasi Kelawar Hitam (OKH)
masih segar dalam ingatan :)


You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis