Untukmu...anak didikku

8:10 AM

Malam ni nSI nak tulis blog tentang seorang anak murid nSI,

nSI ajar student ni 2 tahun setengah,
berturut2 semenjak beliau tingkatan dua sampailah sebelum cuti sekolah hari tu,
tingkatan 4.

Dan sekarang,
student ni sudah tiada di sekolah nSI,
sudah berpindah ke sekolah lain.

Alkisah kenapa beliau berpindah,
panjanglah pula ceritanya.

nSI tulis blog ni khas untuk beliau,
sekadar untuk menggembirakan sahaja sedikit hatinya,
nSI tahu dia sedang bersedih,
walaupun keletahnya,
riak wajahnya yang suka tersenyum,
tetapi dalam hatinya,
Tuhan sahajalah yang tahu.

Biasalah,
orang yang banyak tersenyum itulah kadangkala orang yang paling banyak berduka,
tersenyum cara paling selamat untuk mengelakkan orang membaca rahsia hati.

Buat bekas anak didikku :

Ucapan selamat belajar di tempat baru,
berhijrah walaupun sukar,
tapi hijrah itu perlu,
suasana baru,
kawan baru,
tempat baru,
bina azam baru.

Umur yang muda,
jangan dipersiakan,
tersilap langkah,
buruk padahnya.

Pandanglah kehadapan,
dan sejarah lama jadikan pengajaran,
perbaiki diri ke arah lebih baik.

Solat jangan dilupa,
sebab itu tiang agama,
tanpa tiang runtuhlah agama.
Takkan kita sanggup menjadi peruntuh agama?

Dari jauh ustazah doakan kejayaan buat kamu.
Segala salah silap sudah lama ustazah maafkan.

Dan,
Halalkan segala yang terkurang dalam pengajaran,
Maafkan andai ustazah tak mampu mendidik kamu menjadi orang yang berakhlak,
Maafkan andai ustazah tersalah didik andai kamu tersasar dari jalanNya,
dan jika benar, kembalilah ke pangkuan-Nya.

Semoga kejayaan mengiringimu.

Salam ukhuwwah,
Moga kita bertemu semula di syurga-Nya :)





You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis