Malam Raya ke-10

8:52 AM

Lama nSI tak update blog,
kertas exam anak-anak murid semua pun nSI dah siap tanda,
cuma tinggal nak buat analisis soalan sahaja lagi,
so bolehlah ambil sedikit masa untuk update blog ni...

Well, hari ni 17 Ogos,
hari raya yang ke-10,
esok dah hari ahad,
genap 2 minggu nSI bercuti sekolah,
so, esok adalah hari terakhir cuti penggal kedua,
dan Isnin bermulalah semula tugas,
kembali bekerja seperti biasa :)

So, apa nSI buat sepanjang hari ni?
Pagi tadi nSI pergi kenduri kahwin anak pengetua BASIS,
Tuan Haji Kamaludin di Kg Endah, Banting...
nSI bawa mama nSI pergi sekali,
sebab mama nSI PK1 sekolah di banting ni,
so, kenal la juga Tuan Haji Kamaludin pengetua yang sangat mesra, baik dan peramah ni,
dulu Tuan Haji ni pengetua sekolah tempat nSI bekerja,
Sekolah Sulan Alam Shah,
nSI sangat senang bekerja dengan Tuan Haji ni,
orangnya ramah, berkarisma, mesra, baik, sangat memahami dan Islamik,
so pagi tadi walimah anaknya,
nSI pun pergi sekadar memenuhi undangan.

Sebenarnya nSI ada jemputan kenduri yang lain juga,
tapi disebabkan mama nSI minta nSI tolong hantarkan ke kenduri rumah kawannya di Jenjarom,
so nSI batalkan niat untuk menghadiri kenduri kahwin anak seorang lagi rakan sekerja di Putrajaya,
sebab mama nSI tak biasa pergi seorang,
abah nSI pula ada kerja hari ni,
so nSI tolonglah hantarkan,
and disebabkan kami berdua tak tahu di mana rumahnya,
maka Mr. GPS la yang menjadi penunjuk jalan,
tapi disebabkan ragu2 dengan kecekapan Mr. GPS ni,
akhirnya kami ikut jalan paling jauh,
sampai tu memanglah sampai,
cuma jauhnya sekali ganda lagi,
so, balik sahaja dari kenduri tu,
nSI terus balik rumah,
sambung layan hindustan,
cerita Chennai Express!

Chennai Express ni ceritanya kelakar,
lain sikit dari filem hindi biasa,
sebab dia gabungkan antara hindustan dan tamil,
best jugaklah,
sebab lakonan hero kegemaran nSI,
Shah Rukh Khan kan.


http://movies.ndtv.com/bollywood/raj-thackeray-s-mns-threaten-to-derail-shah-rukh-khan-s-chennai-express-399797

Then,
after Isyak,
nSi dengan semua family,
pergi beraya rumah makcik nSI di Sg Buaya,
rasanya itu yang terakhir kot,
sebab esok semua dah nak balik ke rumah masing-masing kan.

Balik dari rumah makcik,
kami semua pakat habiskan bunga api yang ada dalam beberapa puluh or ratus batang je lagi,
well, hari raya kan,
rugi kalau biarkan hari raya tu pergi begitu sahaja,
lagipun nSI cuma free bila cuti sekolah sahaja,
bila dah start sekolah,
terasa tak menang tangan,
sebab tu nSI sangat hargai cuti sekolah,
sangat seronok bila cuti sekolah :)

Ok, ni gambar nSI nak pergi beraya tadi,


ni raya ke-10,
so badan sebenarnya dah gemuk,
cuma dalam gambar ni je tak nampak gemuk,
haha,
ilusi je tu,
well, apapun,
selamat hari raya semua,
maaf zahir batin :)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis