asma itu muncul semula walau sudah lama menghilangkan diri

10:30 PM

Pagi ni sangat sejuk,
hujan masih renyai-renyai,
cuaca mendung pagi ni...

Dalam jam 9.00 pagi,
nSI mula bergerak meninggalkan hospital,
meninggalkan iman bersendirian di kamar 5 wad 2C,
Iman tak nangis,
bila ummi bagitau,
ummi kena pulang nak uruskan baju,
nak uruskan arnab seketika di rumah...

Hari ni hari ke-3 nSI dan Iman ada di hospital,
iman masuk wad pada isnin malam selasa,
lantaran asmanya menyerang dengan agak teruk,
4 kali neb masih tidak kurang,
hydrocot juga dimasukkan tidak juga reda,
oxygen level drop daripada tahap normal,
so pada jam 3.30 pagi doktor tak benarkan iman pulang,
dan perlu masuk ke wad juga...



Iman sudah 5 tahun,
walaupun asmanya semakin kurang kerap menyerang,
tapi kebiasaannya kalau diserang,
kerap kali juga iman dimasukkan ke dalam wad,
doktor dah mulai bising,
katanya ummi tak datang follow up,
tapi nSI jawab semula,
semua follow up nSI dtg,
tp hospital yg serahkan kes pada klinik kesihatan,
dan klinik kesihatan tiada follow up,
cuma diberi inhaler,
dan ajar cara untuk diguna,
itu sahaja.

So, hari ni,
iman masih tidak dibenarkan pulang,
sebab baru tukar pengambilan nebulizer 6 hourly,
so doktor nak pantau tengok perkembangan macam mana,
lagipun iman masih lg batuk dan selesema,
so ummi pun dah pasrah,
CRK (cuti rehat khas) masih ada,
cukup untuk esok sahaja,
harapannya kalau hari ni masih tak dibenarkan keluar,
semoga esok akan keluar...
bukan apa,
nSI pula yg rasa macam x berapa nak sihat bila duduk hospital lama-lama,
dengan air cond 24 hoursnya,
rasa menggigil duduk dalam ni,
mujur nurse n doktor baik hati,
facilities selesa,
makanan pun sedap,
hospital putrajaya mmg baik dalam servis,
walaupun hospital kerajaan...

Ummi duk masih terfikir apa trigger yg buat iman lelah,
katanya tak makan aiskrim,
tp rasanya nSI boleh agak,
iman suka berendam lama dalam kolah bilik air,
rasanya sebab tu yg buat iman kena attack,
so ummi cancel niat,
asalnya Iman minta belikan swimming pool kecil utk dia berendam,
alhamdulillah x beli lagi,
so, tak jadi beli,
ummi cancel kan niat,
sebab iman memang kena pantang,
kesejukan berendam lama2,
boleh buat dia batuk and selesema,
then, lelah....

nSI nampak macam tak risau,
doktor pun marah bila nSI nampak macam tak kisah,
nSI bukan tak kisah,
tapi disebabkan family nSI mmg ada lelah,
nenek, makcik, adik beradik, anak saudara mostly lelah,
so bila sudah terbiasa dengan lelah,
nSI sendiri ada lelah yang teruk semasa kecil,
hilang ketika tingkatan 3,
sampai sekarang alhamdulillah tak pernah kena attack,
so,
nSI kurang risau,
bukan tak risau,
kurang risau sahaja,
tapi tak bermakna nSI buat tak kisah pada Iman,
nSI terus bawa Iman ke hospital bila kena attack,
cuma silapnya lupa nak bgtau cikgu tadika Iman,
agak terlewat bila balik dari sekolah,
jam 6.00 petang,
tengok Iman dah teruk,
cikgunya mungkin tak tau,
Iman kena attack,
Iman pula jenis tak berani nak bagitau,
dia diam sahaja,
ambil dari sekolah petang tu,
ummi terus bawa Iman ke hospital,
jam 6.30 petang - 3.30 pagi,
baru Iman dimasukkan ke wad,
setelah berjam-jam duduk di wad semi kritikal,
so, disebabkan Iman diserang teruk,
doktor wajibkan Iman follow asthma action plan,
ada diary ttg beberapa simptom yg perlu ummi isi everyday,
dan dtg semula appointment lagi 2 minggu,
dan setiap hari pagi dan malam,
iman kena guna inhaler warna orange,
untuk pencegahan,
ok, i will try my best,
in sya Allah,
semoga iman kuat macam ummi,
ummi lelah juga dulu,
now ummi tak ada lelah,
well,
Iman mmg banyak macam ummi,
terbayangkan Iman yang dewasa,
berperwatakan macam ummi,
fighter and survivor....

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis