Motivasi

Anda Hebat di Medan Sendiri

9:47 AM

Jika anda merasakan anda tidak hebat,
belajar melihat diri dari kaca mata orang lain,
pasti ramai yang ingin berada di tempat anda.

Tidak percaya?
Tanya kepada orang yang anda rasa hebat,
pasti dia juga rasa dirinya biasa sahaja.

Kerana yang Maha Hebat itu Allah,
di tutup aib dan kelemahan kita,
ditunjukkan kepada manusia dan dunia kehebatan kita.

Maka banyakkan bersyukur,
kerana anda manusia hebat,
dipinjamkan Allah kehebatan tersebut,
juga banyakkan sebutan hamdalah,
di kala pujian melimpah ke atas kamu,
sesungguhnya itu kurniaan Allah,
Allah yang menutupkan kekurangan manusia yang tidak pernah sempurna,
lalu ditunjukkan segala kelebihan dan kehebatan.

Maka , jika hari ini takdirnya anda hanya menunggang motor,
tampak hebat mereka yang punya kereta,
percayalah, ada orang yang pengangkutannya hanyalah bas awam.
Kan anda nampak lebih hebat!

Dan jika takdirnya hari ini anda tiada anak,
percayalah masih ramai lagi orang yang tidak punya jodoh,
Kan anda lebih hebat kerna sudah berumah tannga!

Dan jika takdirnya hari ini anda rasa keseorangan,
percayalah Allah itu sentiasa ada di hati,
juga Malaikat di kiri kanan yang menemani,
sesungguhnya manusia itu tidak pernah tinggal sendiri.

Anda hebat di medan sendiri,
selami diri,
selami jiwa.







You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis