Berjalan-jalan itu perlu, bagi cikgu....especially saya :)

7:21 AM

Dalam kebanyakan cuti sekolah yang paling ditunggu ialah

Cuti Akhir Tahun...
Cuti paling panjang dalam sepanjang tahun persekolahan....

Lain orang lain caranya,
ada yang lebih suka duduk di rumah bersama anak-anak dan keluarga,
mencari waktu berkualiti untuk mengeratkan silaturrahim...

Ada juga yang suka ber'shopping',
ada juga yang suka makan luar,
ada juga yang cuba mengisi dengan hobi2,
ikut kelas memasak, buat kek, buat muffin, buat pavlova...
etc....

nSI antara dua,
shopping, makan luar, hobi???
semua bukan pilihan...

pertama,
nSI lebih suka jalan-jalan tengok tempat lain,
tengok negara orang,
tengok gelagat orang...
tak pun...

kedua,
duduk dirumah sahaja,
urus arnab2 kesayangan,
kemas rumah,
atur perabot rumah, etc...

So, cuti bulan Disember ni penuh jadual nSI dengan pelbagai aktiviti:

dari awal cuti lagi,
hampir seminggu nSI mengikuti Johor International Jamboree,
nSI tak berapa suka perkhemahan,
tapi yg best, 
nSI pergi ke USS,
Universal Studio Singapura...

1st time datang di USS,
rezekinya pergi hari Rabu,
hari orang bekerja,
tak berapa ramai orang,
so ride yg selalunya berjam2 beratur,
jadi beberapa minit sahaja,
so ada yg naik sampai 2 kali....
especially ride revenge of the mummy tu...
bila datang USS,
wajib masuk sini....

Tapi sebelum masuk mummy tu,
jangan lupa masuk transformers...
seronok kadangkala ada perasaan macam kanak-kanak,
terasa jadi macam robot transformers tengah lawan dengan penjahat,
real sangat sebab 4D,
best sangat2....

cuma yg xde rezekinya,
roller coaster Cyclon tak dapat naik,
sebab dah tutup,
katanya dah 6 bulan tutup masa nSI datang,
nSI pergi sini dengan anak-anak murid yang join jamboree,
ni gambar kami :)



Lepas balik dari JIJ (Johor International Jamboree),


selang beberapa hari,
nSI ke hatyai pula,
yang ni rombongan sekolah,
tapi kami pergi naik bas,
kami bertolak hari rabu malam khamis,
jam 12 malam,
lama juga perjalanan,
dalam tengahari rasanya baru tiba di hotel,
nama hotelnya,
HATYAI HOLIDAY.



nSI di Hatyai dalam 3 hari sahaja,
hari jumaat dah bergerak pulang,
paling best berada di Hatyai bila nSI dapat naik gajah,
yang best pasal gajah ni,
dia ada anak,
namanya TISMAT, 
so nSI naik gajah dan anak gajahnya ikut sekali berjalan sama,
sangat comel anak gajahnya...




Lepas pulang dari Hatyai,
nSI ke Melaka pula,
sebenarnya kerana Kursus Warden,
tapi sambil-sambil singgah sebentar ke Zoo Melaka,
bawa Iman yang merajuk bila ditinggalkan lama oleh nSI,
di rumah opahnya.


Baru-baru ni pula,
nSI melawat ke Acheh pula,
mula-mula nSI ingatkan Acheh ni tiada apa-apa melainkan sejarah tsunami,
tapi rupa-rupanya ada macam-macam di Acheh,
sampaikan 3 hari di sana macam tak cukup waktu,
paling best bila nSI yang tak berapa suka shopping ni,
jatuh hati dengan tudung2 di Acheh,
murah sangat2,
harga dalam rm15-rm20 sahaja,
apa lagi,
nSI borong sampai lebih 10 helai,
tapi bukan untuk nSI semua tu,
nSI nak bagi dekat kakak2 nSI dan mama nSI,
al maklumlah,
kakak ada ramai 4 orang....



Tapi paling penting bila datang di Acheh ialah
cari ibrah atau pengajaran tsunami,
lihat kebesaran Allah,
bagaimana air laut boleh menggerakkan kapal janakuasa elektrik yang beratnya 2600 ton,
5 km dari tempat asal...



juga lihat kubah masjid yang dihanyutkan air tsunami,
2km dari tempat asal.




juga lihat kapal yang tersadai di atas rumah seorang ustaz,



dan lihat bagaimana Allah berkuasa menghilangkan sesuatu dalam sekelip mata sahaja...
bagaimana bumi Acheh sebelum dan selepas tsunami...
Sungguh Allah Maha Besar,
kerdilnya manusia...


dan antara ibrah yang boleh diambil dari kisah tsunami,
lihatlah bagaimana sebesar2 musibah,
besar juga hikmahnya,
bagaimana bumi Acheh kini membangun dengan cepat,
bantuan dari NGO seluruh dunia,
bagaimana akhirnya pada tahun 2006 termeterainya perjanjian damai
di antara pemerintah Indonesia dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM),
keadaan Acheh lebih aman,
tiada lagi peperangan.

Sesungguhnya selepas kesusahan akan datang kesenangan,
selepas kesusahan akan datang kesenangan.

Bagi sesiapa yang merasakan kepayahan dan kesusahan,
percayalah,
bahawa setiap kesusahan akan datang kesenangan,
setiap perkara yang berlaku ada banyak hikmahnya,
cuma kita yang tak mengetahui,
dan tak cuba mencari.



You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis