Musafir di Bumi Tuhan

Permusafiranku di Bumi Bersejarah, Turki - Part 1

11:31 AM

Turki, Aku datang!

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, akhirnya Ummi berada di Turki.

Tak sangka, setelah tersangat taksub menonton filem Istanbul Aku Datang,

rupanya ada rezeki Ummi untuk menjejak kaki ke bumi bersejarah ini,

Turki!


Perancangan demi perancangan,

Akhirnya, harinya muncul jua.

Penerbangan dari KLIA ke Ataturk International Airport mengambil masa hampir 13 jam.

Penerbangan yang dijadualkan seawal 9.50 pagi 11 Disember 2014 akhirnya selamat mendarat di

bumi Turki lebih kurang jam 6.00 petang waktu Turki.

Kebanyakan gambar yang di ambil di airport adalah selfie mode.

Alasan : Tergesa-gesa mengejar waktu untuk check in dan menguruskan group, maka selfie adalah

yang paling mudah dan terbaik!









Terasa lama berada di kapal terbang, sungguh badan menuntut kerehatan.

Setibanya di Turki, kami dibawa terus untuk makan malam di sebuah restoran berhampiran tempat

penginapan bernama Vefa Restaurant and Cafe.






Makanan Turki ini namanya Lahmahjoon






Makanannya enak, orangnya peramah. Sesiapa sahaja yang bergambar dengan mereka pasti tangan

mereka melekap di bahu. Mesra, bagi mereka,

Tetapi Ummi awal-awal lagi melarikan diri. Janggal rasanya.

Selepas makan malam, kami terus bergerak ke Istanbul Dora Hotel,

Alhamdulillah sangat selesa dan cantik hotelnya.

Mini bar di bilik hotel juga dipenuhi air minuman percuma dan coklat.

Disebabkan kepenatan yang teramat, seusai mandi dan solat,

terus sahaja Ummi melelapkan mata.

Dan kerana kepenatan, Ummi tak sempat mengambil gambar bilik hotel tersebut,

maka Ummi mencedok sahaja gambar di website booking.com



Hari pertama di Turki, suhunya mencapai 13 darjah celcius.

Sejuk dan hujan renyai-renyai.

Perjalanan kami di Istanbul belum bermula,

tetapi keesokan hari akan bergerak ke Bursa,

moga ketemu Istanbul semula sebelum kami pulang ke Malaysia hendaknya, Insyaallah.









You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis