Musafir di Bumi Tuhan

Permusafiranku di Bumi Bersejarah Turki - Part 2

6:55 AM

Hari ke-2.

Awal bangun pagi ini.

Tapi tidak seawal roomate Ummi di sini,

bangunnya lebih awal,

bertelekung bertahajud di Bumi Turki,

Kagum. Persis mamaku. Kerap tahajud. 

Jam 5.30 pagi waktu Turki,

 UmmiI mula bangun membuat 'wake-up call' anak- anak bawah jagaan seramai 10 orang.

Lama telefon berdering, akhirnya seorang mengangkat telefon,

Fuhh...lega, alhamdulillah.

Risau andai mereka lewat bangun,

bakal melambatkan seluruh perjalanan.

Lebih risau bila mereka adalah pelajar,

berada di bawah jagaan kami guru-guru.

Sesusai mandi, solat Subuh dan packing barang,

6.30 pagi, mulai bergerak turun ke lobby hotel.

Mujur sahaja, beg Ummi tidak banyak,

sedaya upaya untuk memastikan hanya 1 beg besar sahaja yang Ummi bawa,

risau menyusahkan diri dan orang lain  memandangkan perjalanan kami,

mengambil masa 12 hari lamanya,

bermusafir dari suatu tempat ke tempat lain di Bumi Turki.

Semalam di Istanbul,

pagi ini insyaallah bergerak ke Bursa pula.

Sebelum bertolak, kami bersarapan di cafe hotel.










Alhamdulillah, pelbagai jenis makanan disediakan.

Kesemuanya makanan Turki,

penuh dengan salad, zaitun, cheese, baklava dan pelbagai lagi.

Hari kedua di Turki,

tekak masih boleh mencuba dan menerima masakan Turki. Alhamdulillah.





Dengan lafaz bismillah,

kaki mengorak langkah meniti tangga bas.

Perasaan bersyukur dan rasa bertuah sungguh menyelubungi diri.

Sungguh banyaknya nikmat Tuhan yang perlu disyukuri.

Moga diriku tidak alpa dalam nikmat dan  menjiwai makna syukur.

Perjalanan pagi kami dimulakan dengan bacaan Doa oleh 'tourist guide ' kami, En Yusuf.

Bergerak ke Bursa yang mengambil perjalanan lebih kurang 3 jam setengah,

kami berhenti dahulu di

LEATHER FACTORY TOL & AR.

Apa yang menarik di sini ialah sebelum kami dibawa ke galeri jualan,

Diadakan dahulu Fashion Show kepada semua pengunjung.

Apa yang menarik dengan Fashion Show ini ialah model wanitanya bertudung

dan mereka nampak sangat cantik menggayakan jaket kulit yang berkualiti.



Dikatakan bahawa Turki merupakan pengeluar pertama barangan kulit ke Eropah dan Rusia,

maka anda boleh mendapatkan pelbagai barangan kulit 

terutamanya jaket kulit yang berkualiti di sini.

Namun, disebabkan harganya yang beribu-ribu, 

langsung tidak tersenarai dalam keperluan Ummi untuk membeli belah di sini. 

Dalam trip ini pun tidak ramai yang akhirnya membeli jaket kulit di sini,

melainkan hanya 3 orang sahaja.










Perjalanan kami kemudian diteruskan ke Bursa,

mengambil masa perjalanan lebih kurang 3 jam setengah.

Di awal  perjalanan kami, 

di dalam bas, 

dipasang alunan ayat Al-Quran Surah Al-Kahfi memandangkan hari tersebut ialah hari Jumaat.

Perjalanan dari Istanbul ke Bursa melalui Bosphorus Bridge

 yang menghubungkan Eropah dan Asia

memandangkan Turki satu-satunya negara yang mempunyai dua contenants

iaitu Eropah dan Asia.



Kami juga menaiki feri ke Bursa. 

Apa yang menarik berada di atas feri ini ialah, 

banyaknya burung camar berterbangan bebas di angkasa, 

dan anda boleh memberi makan roti kepada burung-burung camar ini.

Subhanallah, indahnya perasaan ketika berada di atas feri tersebut,

dengan sejuk nyamannya, tenang sungguh terasa. 

Benarlah ciptaan Allah Yang Maha Esa punya banyak keajaiban didalamnya. 

Manusia yang lemah.

Sehebat mana manusia mencipta bangunan setinggi KLCC,

seindah mana pun ciptaan manusia melakar lukisan,

 takkan mungkin menghadirkan ketenangan.

Hanya Allah sahaja yang Maha Pencipta, 

yang ciptaannya sahaja sangat penuh keajaiban!

Subhanallah!










Di tengah perjalanan,

kami singgah makan tengahari di Kofteci Yusof.

Kofteci disebutkan Kofteji bermaksud meatball.

Kofteci Yusof ini sangat terkenal di Bursa.

Dan sejujuranya, Kofteci Yusof memang sedap.

Kalau dibuka di Malaysia, insyaallah laku!

Berbeza dengan meatball Turki yang lain,

Kofteci Yusof paling diminati oleh kami semua yang turut serta dalam program ini.









Kemudian, kami singgah sebentar di Kedai manisan

Muniira.



Membeli sedikit manisan untuk cenderahati rakan-rakan di Malaysia.

Hati-hati jika membayar,

hendak dijadikan cerita terdapat salah faham tentang harga,

antara sales person dengan cashier,

apabila penjual mengatakan harganya 20 lira,

tetapi sampai di kaunter harganya menjadi 70 lira.

Jika anda tidak berhati-hati,

jawapannya rugi!

Terjadi pada anak murid Ummi sendiri,

dan mereka sedar tentang perbezaan ketara harga tersebut,

dan disebabkan cashier bertegas mengatakan harga tersebut adalah 70 lira

(around RM140) untuk sehelai pashmina.

Maka nSI meminta refund dan memulangkan barangan tersebut.

Dan disebabkan perkara tersebut,

akhirnya mereka memberi percuma sehelai kepada anak murid nSI.

Itu, namanya rezeki.

Alhamdulillah!

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis