Musafir di Bumi Tuhan

Permusafiranku di Bumi Bersejarah Turki - Part 3

9:55 AM

Day 2.

Lewat petang.

Setibanya kami di Bursa,

tempat pertama yang kami lawati ialah

ULU MOSQUE @ ULU CAMII, BURSA.






Menunaikan solat jamak qasar Zuhur Asar di sini,

Menunggu sehingga waktu Maghrib untuk solat berjemaah di sini.

Juga singgah sebentar bersebelahannya ialah Koza Han Silk Market,

yang dikatakan oleh TYT Dato' Amran

ketika kunjungan ke kediaman beliau tempoh hari (hari ke 8)

kebanyakan barang di Koza Han Silk Market adalah dari Malaysia.

Ketika foto ini diambil,

sungguh kami tidak tahu banyak tentang tempat ini.

Juga tidak membeli banyak barang dan cenderahati di sini,

kerana menganggap di Grand Bazaar nanti,

iaitu hari kedua terkahir di Istanbul kelak,

mungkin lebih murah!.

Catatan: Sesungguhnya Grand Bazaar tidak murah,

walaupun ada 4000 lebih buah kedai

 tetapi kebanyakannnya menjual barang yang hampir sama.

Seingat Ummi, murah lagi di sini, berbanding di Grand Bazaar!






Bursa punya sejarahnya tersendiri.

Dahulunya merupakan sebuah Ibu Negeri Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Di sini terdapat sebuah masjid lama iaitu Ulu Mosque, Bursa,

telah wujud semenjak Ottoman Empire @ Kerajaan Turki Uthmaniyyah.


Ulu Mosque, Bursa.

Berusia lebih kurang 613 tahun.

Di bina ketika zaman pemerintahan Sultan Beyezid 1 Kerajaan Turki Uthmaniyyah

yang menerapkan seni bina Kerajaan Islam Seljuk,

 di dalamnya terdapat 192 kaligrafi Islam zaman tersebut.

Juga terdapat sebuah 'water fountain' di bahagian dalam masjid.

Sebelum masuk ke dalam masjid,

di bahagian ruang luar masjid,

disediakan plastik untuk membungkus kasut

dan diletakkan di rak kasut bahagian dalam masjid.



Bersih.

Masjid yang penuh bersejarah ini dijaga rapi dan bersih.

Sehingga di tandasnya juga terdapat seorang penjaga

yang kerapkali mencuci lantai dan tandas tersebut.

Agak sukar sebenarnya untuk menjumpai tandas yang kotor di Turki sebenarnya.




Kebersihan itu separuh daripada Iman.

Walaupun kebersihan selalu di lihat dan ditonjolkan di negara-negara maju termasuk Turki.

tetapi yang sepatutnya terlebih dahulu,

terlihat dan ternampaknya wujudnya budaya dan amalan kebersihan itu ialah Muslim itu sendiri.


Let's be the real Muslim, hygiene is important, it reflects our Iman.

Rasulullah S.A.W hadir membawa ajaran Islam.

Antara aspek yang ditekankan ialah kebersihan.

Sedangkan keadaan dahulu, ketika itu,

masyarakat tidak biasa mandi.

Datangnya Islam mengajar tentang kebersihan.

Mandi sahaja ada yang wajib dan sunat.

Berwudhuk.

Beristinjak.

Nampak biasa dewasa ini,

tapi janggal di waktu dahulu.

Nampak senang dewasa ini,

tapi sukar di masa dahulu.

Maka jangan kerana sudah biasa dan senang,

Kita jadikan amalan kebersihan itu sebagai leceh dan tidak penting!

Kita mahu atau tidak mahu adalah duta kecil Islam,

maka, amalkanlah kebersihan.

Bersih perlu menjadi imej Muslim, bukan sahaja imej Negara Maju.

Selesai solat, kami bergerak ke hotel untuk berehat.

Musim sejuk, siangnya lebih pendek,

manakala,

malamnya lebih panjang.

Tetapi perjalanan yang agak jauh menuntut kerehatan.

Alhamdulillah, punya tempat berehat yang selesa.




Hotel Karakaya, Bursa.






You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis