Day-4
Dari Hotel Afyon Grand Cinar Hotel,
kami bergerak menuju ke Pamukkale.
Pamuk = Cotton
Kale = Castle
Pamukkale merupakan sebuah tempat bersejarah.
Di sini terdapat sebuah kota lama iaitu Hierapolis Ancient City.
Juga tarikan utama di kawasan ini ialah
PAMUKKALE TRAVERTINES.
Dari kejauhan ia dilihat seakan-akan air terjun yang beku,
juga dilihat seakan-akan gunung yang dipenuhi salji.
Terbentuk akibat tindak balas air panas bawah tanah dari atas bukit,
mengalir ke bawah membentuk batu kapur putih kekelabuan,
akibat tindak balas kalsium karbonat yang dilepaskan daripada air panas.
Turun menuruni cerun membentuk kolam-kolam yang berteres.
Subhanallah!
Sungguh tidak sangka wujudnya tempat seindah ini!
HIERAPOLIS ANCIENT CITY
Merupakan sebuah kota lama Kurun Ke-2 B.C.
Hancur setelah gempa bumi dan yang tinggal hanyalah serpihan batu-batu.
Hierapolis ini sangat luas untuk diterokai.
Tapi jika tiba di sini,
jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri
THE ANCIENT THEATRE!
1 comments
Terima kasih ustazah! Semoga berjaya tulis post pasal Turki :D
ReplyDelete