Day - 5
Mekke Tahfiz School, Isparta.
Arah tujuan kami hari ini,
dari Pamukkale singgah sebentar di Isparta,
untuk melawat sebuah sekolah tahfiz iaitu Mekke Tahfiz School,
stopover sebelum kami tiba di Beysehir.
Mekke Tahfiz School,
merupakan sebuah sekolah wakaf,
yang mengajar tahfiz menggunakan teknik hafazan zaman Turki Uthmaniyyah.
Teknik hafazan ini berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia.
Mereka memulakan hafazan mulai dari muka surat terakhir pada juzuk terakhir,
dan kemudian berpindah ke muka surat terakhir juzuk sebelumnya,
Sebelum kami tiba di sini,
kami tidak mengetahui tentang adanya penuntut di sini berasal dari Malaysia.
Mereka baru sahaja berada di sana,
dan masih cuba menyesuaikan diri dengan perbezaan bahasa, budaya dan cuaca.
Apa yang menarik di Mekke Tahfiz School,
walaupun sekolah ini merupakan sekolah wakaf,
tapi fasilitinya mencukupi, bersih, cantik dan kemas.
Paling Ummi terpegun melihat dormnya yang kemas dan bersih.
Di sini, pelajar pelajar diperuntukkan pada setiap hari,
waktu untuk membersihkan asrama dan sekolah.
Padanlah sekolah mereka bersih!
Kami berada di Mekke Tahfiz School untuk lelaki sahaja pada asal perancangan,
tapi kemudian di pelawa untuk melihat Mekke Tahfiz School untuk perempuan pula,
kerana muslimat juga boleh tumpang solat di sana.
Agak lama juga kami di sini sebelum kami bertolak ke Beysehir.
BEYSEHIR
Agak jauh perjalanan kami dari Isparta ke Beysehir.
Sebelum kami tiba di Beysehir,
kami menyusuri jalan mengelilingi Tasik Eden,
Tasik terbesar di Turki!
Subhanallah, indah pemandangan sepanjang perjalanan mengelilingi Tasik Eden.
Setibanya kami di Beysehir,
kami dihidangkan dengan hidangan ikan tasik yang sangat besar dan lazat.
Seekor ikan yang besar dikongsi hanya 2 orang!
Padahal jika di Malaysia, ikan sebesar itu dimakan untuk sekeluarga,
lebih sesuai untuk 4 orang makan!
Alhamdulillah, rezeki Allah.
Lagipun makanan Turki yang penuh dengan salad dan mint,
kadangkala sukar diterima apabila kerapkali diulang menu yang hampir sama.
Tukar selera dengan menu ikan segar dari tasik,
memang mengujakan!
seusai menjamu selera,
dan kami agak mengejar masa kerana sudah agak terlewat sebenarnya,
apatah lagi Imam Ismail Efe Imam Masjid Esrofglu Mosque sedang menunggu kami,
untuk lawatan kunjungan ke masjid bersejarah tersebut.
Esrofglu Mosque
Masjid berusia ini merupakan sebuah masjid Kerajaan Islam Seljuk.
Walaupun kami tiba agak lewat malam,
Imam Ismail Efe masih lagi sudi menerangkan dengan mendalam tentang sejarah masjid ini.
Imam Ismail juga turut menasyidkan sebuah nasyid Turki yang sangat merdu.
Imam Ismail Efe sedang menasyidkan sebuah nasyid Turki
Spot matahari, bintang dan planet???
Kami tiba agak lewat di Anamas Hotel.
Berehat semalam, dan keesokannya kami akan meneruskan perjalanan ke Cappadocia.
1 comments
salam.. akak pm saya boleh..?
ReplyDeletesayasyaimak@gmail.com