Musafir di Bumi Tuhan

Permusafiranku ke Bumi Bersejrah Turki- Part 8

5:55 AM

Day - 6

Pagi ini dingin,

sejuk.

Terasa semakin sejuk apabila mulai menjauhi bumi Istanbul.

Dari Istanbul kami ke Bursa.

Dari Bursa kami ke Afyon.

Dari Afyon kami ke Pamukkale.

Dari Pamukkale kami ke Isparta.

Dari Isparta kami ke Beysehir.

Pagi ini, dari Beysehir,

keadaan masih berkabus.

Tidak berpeluang untuk kami menaiki cruise bersiar siar di tasik.

Cuaca dingin, keadaan tidak mengizinkan.

Kami bergerak pagi ini ke Konya.

KONYA.

Kami tidak lama di sini.

Menziarahi sebuah Museum juga Maqam Mevlana Jalaludin Rumi.

Sungguh Ummi tidak pernah mendengar tentang nama beliau.

Sungguh ceteknya ilmu sehingga tidak pernah mengenali beliau.

Padahal beliau sungguh terkenal di bumi Turki hatta di seluruh dunia.

Mungkin hanya Ummi sahaja tidak mengenalinya.

Antara kata-katanya yang sangat menarik,

yang kami jumpa di belakang buku berkenaan beliau yang dibeli oleh seorang rakan ialah:


Seven advice of Mevlana

In generosity and helping others be like a river.

In compassion and grace be like sun.

In concealing others faults be like night.

In anger and fury be like dead.

In modesty and humility be like earth.

In tolerance be like a sea.

Either exist as you are or be as you look.









Tidak lama kami di sini kerana jauh lagi perjalanan untuk ke Cappadocia.

Seusai melawat muzeum,

ada dikalangan rakan yang mengambil gambar studio ala-ala pakaian perkahwinan Turki.

Menarik, tapi Ummi tidak berkesempatan kerana mengejar waktu.

Agak lewat akhirnya kami tiba di Uchisar.

UCHISAR

Pertama kali mata menatap tentang keunikan Uchisar Castle.

Subhanallah, indah.

Terbentuk akibat dari leetusan gunung berapi.

Keunikan batu ini ialah bentuknya yang pelbagai,

seperti cendawan dan bonggol unta.

Lebih unik apabila ia diukir menjadi rumah atau tempat tinggal.





Ketika kami tiba di Uchisar,

waktu Maghrib hampir menjelang.

Sungguh indah melihat senja di sini.

Namun kepenatan memaksa kami untuk berehat.

Sungguh agak jauh perjalanan hari ini.

Kami bermalam di Hotel Yiltok.

Menikmati hidangan makan malam yang pelbagai jenis,

tetapi, seperti biasa,

salad masih penuh sepanjang meja.

Maka, Ummi ambil apa yang sesuai dengan selera.

Sudah beberapa hari di Turki,

tekak mulai menjadi seperti anak kecil,

mengada ngada memilih makanan,

bak anak kecil sahaja lagaknya tekak ini.

Malam berlabuh tirai.

Sudah jauh berjalan di Bumi Turki,

bumi bertuah ini.










You Might Also Like

1 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis