Sudah hampir seminggu berada di bumi Turki,
antara destinasi yang ditunggu telah kunjung tiba.
HOT AIR BALLOON
Awal bangun pagi ni, pukul 6 pagi sudah berada di lobby hotel untuk bergerak ke destinasi.
Keadaan di luar masih gelap gelita, almaklumlah, bergerak selepas Solat Subuh.
Kami di bawa menaiki van kerana jumlah kami yang tidak berapa ramai,
lebih kurang 16 orang untuk menaiki Hot Air Balloon.
Harga yang dikenakan untuk satu kepala ialah USD 220.
Pengalaman menaiki Hot Air Ballon untuk pertama kali memang mengujakan.
Tak cukup tangan memegang gadget, monopod, kamera dan handphone.
Mencuba sedaya upaya untuk rakam setiap detik yang sangat berharga.
Kami menaiki Hot Air Baloon Gerome.
Dikatakan oleh travel agency kami syarikat ini antara yang terbaik
kerana pilot mereka sangat berpengalaman dan merupakan jurulatih kepada pilot yang lain.
Alhamdulillah kami berjaya menaiki Hot Air Balloon dengan selamat.
Walaupun pada mulanya tertanya tanya juga kenapa pilot terbang rendah dan tidak terlalu tinggi
tidak seperti yang lain jauhnya berganda ganda dari kami.
Rupanya keadaan cuaca kerana musim sejuk dikhuatiri berangin.
Agak menyedihkan sebenarnya pada waktu yang sama juga berlaku kejadian yang tidak diingini
kepada belon panas yang dinaiki warga Malaysia dari syarikat travel agency yang lain.
Mereka mengalami masalah ketika pendaratan dan beberapa orang daripada mereka cedera,
serta seorang daripadanya maut.
Syukur alhamdulillah kami selamat.
Syukur sangat sangat.
Tamat menaiki Hot Air Balloon kami pulang semula ke hotel untuk breakfast.
Kemudian kami teruskan perjalanan hari ini,
melawati dan menerokai keindahan Cappadocia.
Jika semalam kami sempat melihat Uchisar,
Hari ini kami bertuah dapat melihat dengan lebih lama,
Gerome.
Antara tempat yang agak unik selepas Pamukkale ialah Urgup, Gerome dan Uchisar ini.
Inilah Cappadocia.
Kalau pernah tengok Filem Manisnya Cinta di Cappadocia.
Mesti boleh bayangkan tentang keindahan bentuk muka bumi di sini.
Kami tak berpeluang untuk menginap di hotel dalam batu,
kerana harganya semalam sahaja lebih kurang 200 USD.
Tapi kami berpeluang makan di restoran dalam batu.
Juga antara kenangan terindah di sini ialah menaiki Hot Air Balloon.
Tapi sebelum kami meneroka bumi Cappadocia yang bertuah ini,
kami berpeluang melawat ke kilang menenun carpet.
Carpet di sini ditenun menggunakan tangan.
Seninya sangat halus dan cantik,
sehinggakan ada yang layaknya menjadi perhiasan di dinding bukan di lantai.
Kemudian kami meyambung lawatan kami ke rumah rumah dalam batu ini.
Juga berhampiran terdapat tempat sewaan kuda untuk ditunggang merentasi lembah lembah indah ini.
Cuma masalahnya ada banyak anjing-anjing yang cuma bermesra dengan pelawat.
Datang menggesel gesel di kaki menyebabkan kami cuba menjauhkan diri.
Sekali lagi, tempat yang indah, sayang sekali jika tiada gambar kenang kenangan.
Kemudian kami melawat kilang membuat batu batu perhiasan.
Cantik, menarik dan unik.
Tapi seperti biasa nSI bukan jenis kaki shopping.
Maka nSI bersama sama anak anak murid seperti biasa,
berposing ala ala model cuba mendapatkan gambar terbaik untuk kenangan.
Puas menunggu rakan rakan membeli belah pelbagai jenis cincin,
akhirnya kami dibawa menjamu selera di sebuah restoran dalam batu.
RESTORAN URANOS SARIKAYA
Apa yang menarik di restoran ini selain keindahan seni hiasan dalamannya yang romantik,
ialah adanya persembahan muzik tradisional Turki didendangkan secara live.
Juga terdapan pertunjukan silap mata yang menghiburkan.
Makanan di sini juga tidak kurang lazatnya.
Jika datang ke Cappadocia,
jangan lupa mengunjungi restoran ini!
Kemudian kami singgah di Pigeon Valley.
Satu gambar untuk menceritakannya.
Jinak, bila disergah mereka terbang dan datang semula.
Agak sukar mendapatkan gambar yang terbaik.
Alhamdulillah. Berjaya!
Lewat petang kami di bawa ke tempat pembuatan seramik.
Jika anda berminat dengan pingan, cawan, mangkuk atau pasau seramik,
boleh dapatkan di Cappadocia.
Sekali lagi diingatkan, jangan tunggu di tempat lain kerana sukar ditemui.
Uniknya Turki setiap kawasannya berbeza hasil atau produk pengeluaran.
Jika anda tunggu untuk mendapatkannya di Garnd Bazaar,
jawapannya anda akan menyesal kerana sukar dan jika ada harganya berbeza.
Tamat aktiviti hari ini yang penuh dengan pelbagai aktiviti.
Cukup 2 hari kami di Cappadocia,
Esok kami akan meneruskan perjalanan ke Ankara.
1 comments
Coba di cek Cara mudah daftar BPJS
ReplyDelete