Musafir di Bumi Tuhan

Permusafiranku di Bumi Bersejarah Turki - Part 10

10:05 AM

Hari ke-8

Dari Cappadocia kami bergerak ke Ankara dan singgah bermalam di Bolu.

Di Ankara kami dilayan mesra oleh Tuan Yang Terutama Dato' Amran,

Duta Malaysia di Turki.

Terharu apabila kunjungan kami di sana, diterima dan dilayan dengan baik sekali.

Lebih terharu apabila kami dijemput ke kediaman beliau sendiri.

Setibanya di kediaman beliau,

kami dijamu dengan masakan nasi beriani yang sungguh enak.

Sungguh bahagia rasanya bila dapat menjamu makanan Malaysia,

setelah berhari-hari dihadapkan dengan masakan Turki

yang tidak berapa kena dengan selera kami orang Malaysia.






Dari Ankara kami meneruskan perjalanan ke Bolu.

Dalam hati mengharapkan salji muncul di Bolu.

Tetapi apakan daya,

bukan rezeki kami untuk bermain bola salji di Bolu.

Ketika kami tiba di sebuah hotel yang sangat antik dan indah di Bolu,

iaitu Emniyet Hotel,

keadaan sudah hampir gelap.

Kepenatan akibat perjalanan yang agak jauh,

kami hanya makan malam di hotel,

kemudian masuk ke bilik dan berehat.

Esok kami akan bertolak ke Istanbul.

Destinasi kami terakhir sebelum kami pulang ke Malaysia.





Keesokannya kami meneruskan perjalanan ke Istanbul.

Destinasi pertama kami ialah Gelisim Universitasi, Istanbul.

To be cont.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis