Musafir di Bumi Tuhan

Permusafiranku di Bumi Bersejarah Turki - Final Part

11:46 AM

Agak lama untuk menyambung entry terakhir ini.

Sibuk.

Alasan biasa.

Cuti sekolah menjelma, inilah waktu paling banyak yang Ummi ada.

Alhamdulillah.

Syukur.

Entry ini ditaip sambil menunggu gambar dimuat masuk ke flickr.

Operasi menyusun dan membuang gambar gambar yang tak perlu di handphone, pc, dsb.

ISTANBUL.

Dari Bolu kami bergerak ke Istanbul.

Setibanya di Istanbul kami mencari Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat,

memandangkan hari tersebut adalah Hari Jumaat.

Kami singgah di Al Fatih Mosque dan kaum Adam menunaikan Solat Jumaat di sana.

Kemudian kami bergerak ke destinasi seterusnya,

Gelisim Universitasi.

Sebuah universiti swasta di Istanbul.

Agak menarik melihat pengajaran secara dekat di sana.

Universitinya tidak besar.

Hanya melibatkan beberapa department sahaja seperti engineering dan arts.

Tapi yang mengkagumkan ialah keramahan dan kemesraan mereka.

Dari student sehinggalah owner university tersebut.

Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kami.





Waktu siang yang pendek di musim sejuk.

Hampir maghrib ketika kami bergerak meninggalkan Gelisim Universitasi.

Bergerak pulang ke Hotel yang sama seperti hari pertama tiba di Istanbul.

Berehat di malam hari menghilangkan lelah yang mulai sangat terasa setelah berhari hari di bumi 

Turki.

Tetapi sebelum itu kami menikmati pemandangan malam di Istanbul.

Di kawasan Galata Bridge.

Paling menarik ialah menikmati sandwich ikan di sini.

Aneh tapi boleh tahan juga rasanya.




Keesokan harinya, kami menghabiskan hari hari terakhir di bumi Istanbul dengan melawat 

Topkapi Palace @ Topkapi Sarayi.

Sebuah istana yang dijadikan muzium berdekatan dengan Hagia Sophia dan Blue Mosque,

dahulunya merupakan tempat tinggal pemerintah pemerintah Ottoman.

Juga di dalamnya terdapat banyak peninggalan penting sejarah Islam seperti pedang Nabi dan para 

sahabat Islam yang lain.

Sayu berada di sini, juga kagum membayangkan kehebatan Islam di zaman kegemilangannya.



Berlatar belakangkan Blue Mosque

 Topkapi Palace


Dari Topkapi Palace kami ke Blue Mosque untuk menunaikan Solat Zuhur berjemaah.



Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Eyyub Mosque yang terdapat di sana,

sebuah makam sahabat Nabi, 

Abu Ayyub Al Ansari.


 Maqam Abu Ayyub Al Ansary


Hadapan Eyyub Mosque

Dari Eyyub Mosque kami bergerak ke Grand Bazaar.

Membeli beberapa cenderamata untuk di bawa pulang.

Tapi nasihat Ummi, jangan tunggu untuk membeli belah di sini,

kerana walaupun ada beribu kedai di sini,

kebanyakan barangnya sama,

jika anda mahukan kelainan, beri sahaja mana yang berkenan,

di kawasan seluruh Turki yang anda jelajahi,

jangan boros sudah.




Hari terakhir di Istanbul.

Hari terakhir di Turki.

Sedih, tak tahu kenapa,

dalam kebanyakan trip yang Ummi pergi ke luar negara,

di Turki ini hati rasa terpaut.

Untuk pertama kalinya, melihat sebuah negara yang dahulunya merupakan sebuah empayar agung,

perasaan berbaur baur.

Mereka orang yang pentingkan kebersihan,

malu apabila kami ditegur dalam bahasa yang kami tidak fahami,

tapi kami tahu itu adalah teguran,

bila mana ada yang mengambil wudhuk di surau mereka dengan membasahkan lantai.

Kagum melihat patuhnya mereka menjaga masa,

sehingga ada di antara kami yang tertinggal di Grand Bazaar dan pulang menaiki teksi,

akibat tersesat dan melebihi waktu untuk kami berkumpul di suatu tempat yang dijanjikan.

Kagum dapat melihat kawasan kawasan sejarah Islam.

Kagum melihat banyaknya masjid masjid lama yang 'hidup'.

Kagum melihat banyaknya usrah usrah dan tazkirah tazkirah yang hidup di malam hari dalam tiga

bahasa terjemahan. Kagum mereka bangga dengan bahasa mereka.

Ada banyak perkara di Turki yang menjadi pendorong Ummi untuk kembali ke sini.

Insyaallah suatu hari nanti.

Bi iznillah.

Hari Terakhir di Turki.

Di sebelah pagi kami melawat Miniaturk.

Terdapat banyak replika masjid dan bangunan bersejarah di seluruh Turki.

Ummi sangat suka berada di sini.

Di setiap replika masjid, Ummi merakam tentang sejarah binaannya.

Seronok berada di sini kerana rupanya ada banyak lagi bangunan masjid bersejarah

yang tidak kami lawati.





Dari Miniaturk kami menaiki Bosphorus Cruise.

Aktiviti terakhir sebelum penerbangan kami ke Malaysia.

Another activity yang tidak dapat dilupakan.





Gule gule Turki.

Moga sejarah kegemilanganmu membuka mata dan hatiku.

Moga kita bertemu lagi.

Insyaallah.

Suatu masa nanti.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis