Ekspedisi Kayak

White Water Rafting Sungai Kampar

3:57 AM

Entry ini sebenarnya sambungan daripada aktiviti

Caving Gua Tempurung.

Tamat sahaja Caving kami dijamu makanan tengahari yang lazat,

yer, mungkin sahaja kerana keletihan,

maka nasi tengahari itu rasa sedapnya luar biasa.



Kami bergerak ke Kuala Razila dengan menggunakan lori.

Kenapa tak guna bas sekolah sedia ada?

Jawapannya, jalan yang terlalu kecil melalui denai denai dan jalan kampung,

sesungguhnya memang tak boleh menggunakan bas.

Lori lebih murah, mudah dan selamat.

dan tersangatlah fun sebenarnya menaiki lori melalui jalan jalan kampung ni.


Sampai sahaja di Kuala Razila,

sementara menunggu bot kami,

maka ramailah yang berselfie, ambil gambar di kuala ni.


Apabila bot dah sampai,

kami semua diberi penerangan tentang keselamatan 

dan teknik teknik rafting yang betul dan selamat.

Disebabkan kami semua adalah 'first timer' di sini,

penerangan keselamatan dan teknik ni amatlah penting,

untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan.

Almaklumlah berakit di air deras ni,

walaupun ada safety jacket,

air yang deras, dan dipenuhi dengan batu,

bahaya tetap ada.





Wajah wajah yang excited dan berdebar untuk memulakan ekspedisi.

Tapi sebelum itu, aktiviti water confident di lakukan terlebih dahulu.


Di sini, kami diminta berbaring dan rehatkan diri agar mengikut arus,

dan bila sampai di keadaan agak tidak berpusar,

kami diminta berenang ke tepian.

Ada yang tak berjaya berenang ke tepian macam nSI,

maka ada tali yang akan dicampakkan oleh jurulatih,

'grab' tali tersebut, letakkan di bahu dan baring.

Jurulatih akan tarik ke tepi.






Ekspedisi bermula, Bismillahirrahmanirrahim.


Ketika mulai jeram yang petama, Alhamdulillah semua berjaya melepasinya dengan selamat.

Tapi di jeram kedua, akibat tidak lock kaki dengan betul di bot,

Ummi dan seorang pelajar jatuh  ke dalam jeram,

Alhamdulillah Ummi berjaya memegang tali bot,

tapi yang agak terkilan bila Ummi tak berjaya menarik pelajar tu,

maka dia pun dihanyutkan agak jauh,

nak di jadikan cerita,

disebabkan hanyut agak jauh dilaluan berbatu,

sakit jugalah belakang pelajar tu,

kesian Ummi melihatnya.

Tapi pengalaman jatuh ke dalam jeram tu,

akhirnya di jeram jeram yang lain,

kami berjaya mengatasi semua jeram dengan jayanya.

Cuma satu jeram lagi,

sengaja jurulatih menjatuhkan kami ke dalam air.

' Part of the package ' katanya.

Yupe, memang best bila jatuh dalam air.


Setelah lama dan letih mengharungi jeram,

akhirnya kami berehat sebentar.

Di sini, kami berehat, minum air yang di bawa dan yang dibekalkan,

ambil gambar,

berehat dan bermain air.


Tidak berapa jauh kemudian,

dengan melalui beberapa jeram lagi,

akhirnya ekspedisi kami tamat.

Memang best, tapi kebanyakannnya tak puas,

dan hendak pergi lagi.


Tapi, Ummi selaku guru yang bertanggungjawab,

benda paling lega selepas aktiviti ini ialah,

semua pelajar dalam jagaan selamat.

Itu yang penting,

memang dalam aktiviti sukan especially,

risiko dan kecederaan memang ada,

Disebabkan itu,

taklimat keselamatan dan langkah langkah keselamatan,

sangatlah penting dan perlu di ambil perhatian.


Inilah, orang orang kuat yang menjayakan ekspedisi di Sungai Kampar ini.

Tanpa bantuan mereka,

Ummi takkan berani melakukan sebarang aktiviti lasak seperti ini.

Sesungguhnya , Ummi bertuah ada rakan rakan yang sama minat

dan sentiasa membantu Ummi, especially Kak Milah dan suaminya.


Lihat, wajah gembira kami menaiki lori,

puas, gembira, seronok walaupun penat.

Selepas tamat ekspedisi ini,

kami makan mee kari Sungai Kampar di sebuah warung.

Tamat ekspedisi, kami bergerak ke dataran di Gua Tempurung,

mandi, menukar pakaian dan bergerak utk solat di RnR Tapah.

Perjalanan pulang kesemuanya tidur di dalam bas.

Tiba di sekolah dalam pukul 11 malam.

Alhamdulillah.



You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis